SEBAGAI syarikat teknologi pemboleh tempatan, Grab Malaysia telah melancarkan program GrabBenefits yang telah diperbaharui merangkumi inisiatif untuk meningkatkan kemahiran dan daya tahan kewangan lebih 120,000 rakan pemandu-dan-penghantar. : KitaReporters 



Lagi kisah-kisah mengenai Grab:

https://kitareporters.com/search?search=Grab


Program terbaharu, yang kini termasuk kelas celik kewangan dan produk insurans tambahan, membolehkan mereka untuk membuat pilihan dan keputusan yang lebih tepat untuk meningkatkan dan melindungi kehidupan supaya mereka berjaya melalui iklim ekonomi yang tidak menentu ini. 

Ketika Malaysia terus memacu agenda ekonomi digital, program GrabBenefits secara holistik ini memberi tumpuan untuk membantu rakan Grab berjimat cermat dan berkembang melalui platform. Dengan pertumbuhan platform dan teknologi digital dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerja di platform ini telah menyediakan alternatif bagi rakyat Malaysia untuk memperolehi atau menambah pendapatan mereka dengan cara yang fleksibel yang menyokong pertumbuhan ekonomi digital.



“Bagi ratusan ribu rakan kongsi yang mencari pendapatan melalui Grab, komitmen kami adalah untuk memperkasakan mereka dan terus bekerja keras untuk meningkatkan kesejahteraan mereka di samping melindungi fleksibiliti serta kebebasan mereka untuk bekerja mengikut keperluan masing-masing. 

"Mereka bekerja keras setiap hari untuk menampung kehidupan mereka dan keluarga mereka, dan kami akan terus mengembangkan usaha kami untuk menyokong mereka yang mencari pendapatan melalui kerja platform. 

"Kami ingin memberi mereka lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dengan kami, menyokong mereka dengan manfaat yang dicipta secara khusus mengikut keperluan semasa, dan memastikan mereka merasai pengalaman seharian yang menyeronokkan dengan Grab. 

"GrabBenefits yang diperbaharui adalah satu lagi langkah ke hadapan dan merupakan sebahagian daripada pelaburan berterusan kami dalam menetapkan standard dan memberikan manfaat terbaik untuk rakan-rakan kongsi kami,” kata Sean Goh, Pengarah Urusan Grab Malaysia.



GrabBenefits adalah program manfaat pertama seumpamanya untuk ekonomi gig (pendapatan berdasarkan tugasan) di Malaysia yang bertujuan melindungi kehidupan dan kesejahteraan rakan pemandu-dan-penghantar Grab. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2017 untuk membantu mengurangkan kos operasi rakan pemandu-pemandu kami. 

Selama bertahun-tahun, Grab terus berkembang maju dan membangunkan program untuk menangani pelbagai keperluan dan kepentingan daripada pemandu dan rakan penghantar kami. 

Contohnya, memberi mereka ketenangan fikiran melalui perlindungan insurans. Program ini kini terdiri daripada 3 kategori: Melindungi penjimatan kos; Menyediakan kualiti hidup yang lebih baik dan Memperkasakan ketahanan kewangan.

Program ini direka hasil daripada maklum balas rakan kongsi, program GrabBenefits yang diperbaharui akan memberi tumpuan kepada memperkasa daya tahan kewangan dengan menyediakan kursus peningkatan kemahiran di GrabAcademy dan program pembiayaan. Ini termasuk:

Modul celik kewangan oleh Standard Chartered di mana rakan kongsi dapat mengakses kursus latihan dengan mudah melalui aplikasi Grab Partners / dalam talian. Kerjasama ini bertujuan untuk melengkapkan rakan kongsi Grab dengan kemahiran dan pengetahuan kewangan yang membolehkan mereka membuat keputusan yang tepat mengenai sumber kewangan mereka.

Program ‘Driver PayLater’ yang disasarkan kepada rakan kongsi yang memenuhi kriteria yang diperlukan untuk memberikan bantuan kewangan untuk bil dan keperluan bulanan mereka.

Artikel dan petua pendidikan GrabFinance untuk melengkapkan rakan kongsi Grab dengan pengetahuan yang tepat tentang cara terbaik mengurus kewangan mereka dan mewujudkan tabiat menabung yang sihat untuk masa depan mereka. 


 


Turut menyokong usaha Grab dalam memperkasa ketahanan kewangan, Abrar A. Anwar, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Standard Chartered Bank Malaysia berkongsi, "Kami memuji komitmen Grab dalam menyediakan pengetahuan celik kewangan yang boleh diakses oleh rakan pemandu-dan-penghantar mereka. Kami sangat gembira dapat menjadi sebahagian daripada program ini untuk membantu rakan-rakan kongsi Grab bagi membina pengetahuan kewangan mereka untuk masa depan. 

"Walaupun mereka telah memberikan sumbangan besar dengan memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia, kami kini ingin menggalakkan mereka untuk menjaga dan menetapkan matlamat kewangan mereka sendiri. Adalah penting agar mereka dilengkapi dengan pengetahuan yang akan membantu mereka berkembang maju dalam ekonomi digital yang sedang berkembang. 

"Dengan kemampuan kewangan yang lebih kukuh, mereka dapat menggunakan produk dan perkhidmatan kewangan untuk memanfaatkan sumber pendapatan dengan sepenuhnya dari hari ke hari dan sepanjang hayat mereka. Menurut, Financial Inclusion 2020 Progress Report ‘penggunaan produk kewangan sebahagiannya bergantung kepada kemampuan pengguna untuk memahami bagaimana menggunakan produk dan memanfaatkan faedahnya." 


 


Sokongan lain dalam GrabBenefits termasuk:

  • Membantu rakan kongsi Grab untuk menyediakan kualiti hidup yang lebih baik dan menjaga kesejahteraan mereka, dengan menawarkan penyelesaian dan produk yang sesuai dengan corak pendapatan mereka. Ini termasuk perlindungan insurans yang berkaitan dengan pekerjaan, seperti insurans Kemalangan Diri GrabInsure dan juga Insurans Harian Grab yang melindungi pemandu dan penumpang pada setiap pemanduan; dan simpanan atau rancangan caruman yang lebih mudah seperti untuk PERKESO dan Zakat .
  • Program ini bertujuan untuk melindungi penjimatan kos dengan menyediakan keperluan penting bagi rakan kongsi Grab untuk melaksanakan pekerjaan mereka seperti potongan harga minyak dan penyelenggaraan kenderaan melalui panel rakan kongsi kami di seluruh negara, dan menyediakan beberapa Grab Pit Stops untuk rakan kongsi berehat. Pemandu dan rakan penghantar Grab dapat mengakses penjimatan merentas beberapa jenama seperti Petronas, Liqui Moly, Shell, Celcom, GrabFood, GrabPay, GrabInsure dan GrabRewards.

 Lebih banyak lagi yang dapat dilakukan untuk memastikan akses berterusan bagi peluang-peluang memperolehi pendapatan yang fleksibel dan meningkatkan kesejahteraan pekerja platform di samping mengambil kira pelbagai keperluan, keadaan dan motivasi mereka. 



"Rakan-rakan pemandu dan penghantar kami memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara dan kami mahu mereka memahami bahawa kami sentiasa menyokong mereka. 

"Kami berusaha untuk mewujudkan program yang lebih komprehensif untuk menjaga kesejahteraan dan manfaat rakan kongsi, tetapi kami percaya bahawa lebih banyak penambahbaikan perlu dilakukan untuk memastikan kesejahteraan yang berterusan untuk mereka. 

"Oleh itu, kami menandatangani "Piagam Prinsip Kerja Platform Baik" di Forum Ekonomi Dunia awal tahun ini dan terus menggalakkan penglibatan daripada semua pihak. Kami akan terus berinovasi untuk menyediakan manfaat yang bersesuaian supaya dapat menyokong keperluan kehidupan dan kesejahteraan rakan-rakan kongsi kami.  

"Justeru, kami dapat membantu meningkatkan kehidupan mereka dan memberi mereka pengalaman yang lebih bermanfaat sebagai rakan kongsi di platform Grab. Grab akan bekerjasama dengan sektor awam dan swasta, kami akan terus meneroka usaha sama untuk membawa lebih banyak manfaat kepada rakan-rakan kongsi dan keluarga mereka,” kata Goh. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: