Fitri Haris dan Mohamad Nafidz (kanan). - Kredit foto: FAS.


BARU sahaja beberapa bulan menghasilkan sebuah lagu berjudul “Langit Wahyu’ yang belum sempat giat dipromosikan, bekas penyanyi nasyid kumpulan UNIC, Dr. Fitri Haris memperkenalkan single terbaharunya, ‘Berjuang Menang Bersama’ terlebih dahulu.

“Lagu ini saya tujukan kepada barisan hadapan agar diberikan kekuatan dalam setiap langkah perjuangan mereka,’ ujar Dr. Ftiri ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu dan video muzik ‘Berjuang Menang Bersama’ di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Selasa, 22 Februari 2022.

Turut hadir menyempurnakan pelancaran. Ketua Pegawai Operasi Megaklinik Zahran, Dato Mohamad Nafidz Abdul Razak dan Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman yang menjadi penyebab kepada tercetusnya inspirasi untuk Dr, Fitri menghasilkan lagu terbaharunya itu.


Lagi cerita-cerita menarik petugas barisan hadapan



“Saya pernah terbaca satu kata-kata daripada Instagram story milik Dato Nafidz tertulis ‘Berjuang dan Menang Bersama’ satu ketika dahulu  dan itulah yang  memberikan inspirasi kepada saya mencipta lagu ini,” ujar pemilik bernama penuh Mohamad Fitri Mohamad Haris, 37 ini.

Menurutnya, lirik yang dihasilkan adalah dari kisah perjuangan barisan hadapan yang tidak kenal erti penat tanpa mengira siang dan malam

“Saya sendiri menyaksikan bagaimana Dato Nafidz dan teamnya dari Megaklinik Zahran mengharungi dan berkorban dalam memberi bantuan serta inspirasi kepada rakyat Malaysia amnya dari dahulu hingga sekarang,” tambah Dr. Fitri yang kini masih merupakan seorang pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia.



Turut berkecimpung dalam bidang perniagaan dimana beliau tidak ketinggalan memiliki sebuah klinik berkonsepkan Mega bertempat di Taman Putra Ampang di bawah pengurusan Megaklinik Zahran, Dr. Fitri berharap agar single terbaharunya ini mendapat tempat di hati pendengar dan dipromosikan di radio lebih kerap dan bukan pada waktu-waktu tertentu sahaja.

“Saya akui sebagai bekas penyanyi nasyid, ada satu stigma yang masih berlaku di mana setiap lagu nyanyian kita walau pun bukan berentak nasyid dianggap lagu bermusim dan sesuai disiarkan pada waktu sebelum azan contohnya,” ujar Dr. Fitri.

Katanya, ‘Berjuang Untuk Menang’ bukanlah sebuah lagu bergenre nasyid tetapi sebuah lagu yang mempunyai mesej pendiikan dan nilai kemanusiaan.

"Saya tidak mahu dilabel sebagai penyanyi lagu bermusim sedangkan lagu ini perlu diangkat lebih tinggi dan dikenali para pendengar seiring dengan tema-tema muzik lain,” Dr, Fitri berharap sambil merasakan sebagai tenaga pendidik amat penting baginya memberi suntikan sedikit sebanyak pendidikan di dalam lagu.



Sehubungan itu juga, dengan hasrat memberikan sedikit kelainan, Dr Fitri memberitahu, lagu tersebut terhasil dengan kerjasama rakan seni Epy Shafik dan pemuzik dari Indonesia, Ryan Egi.

Tetapi kenapa Indonesia?

“Isu barisan hadapan adalah global dan paling dekat dengan kita adalah Indonesia. Jadi saya rasa terpanggil untuk berkongsi penghargaan kepada negara yang tidak ketinggalan turut terkesan dengan pandemik COVID-19,” jawab Dr. Fitri.

Tambahnya, sebagai seorang yang pentingkan kualti dan lagu, beliau tidak akan merakamkan sesebuah lagu yang tidak ada ‘roh’.

“Saya cerewet sikit, kalau lagu itu ada rasa ‘roh’ baharulah semangat saya akan naik,” jelas Dr. Fitri sambil memberitahu rakaman akan dilakukan walau pun ketika itu sedang demam sekali pun. 

Mengakui mengalami demam ketika menjalani rakaman, Dr. Fitri bagaimana pun menganggap ia sedikit pun tidak menggangu malah menjadikan suaranya lebih lunak.

“Emak saya pernah berkata, suara saya lagi sedap bila saya demam, ada serak serak basah sebab tengah ‘raw’,” kenang Dr Fitri disusuli ketawa kecil.



Sementara itu, Mohd Nafidz memberitahu, pihaknya akan membantu mempromosikan single terbaharu Dr. Fitri dengan menjadikannya sebagai lagu tema kepada mana mana program anjuran Megaklinik Zahran kelak.

“Saya menghargai usaha yang dilakukan Dr. Fitri dalam menghasilkan sebuah lagu sebagai penghargaan kepada barisan hadapan dan berharap ia akan terus mendapat sokongan dan menjadi iktibar kepada semua kerana hingga sekarang kita masih berhadapan dengan virus berbahaya ini,” akhirinya. - KitaReporters


10
10
0
11
0

Copy Link: