Video| Tolong kami! Bantu Zamani! Nak buat konsert untuk biayai pembedahan! Ubati sakit skoliosis!
Published bySetelah menjalani perubatan secara tradisional tetapi tidak mendatangkan kemajuan, Zamani tekad untuk melakukan rawatan moden termasuk melalui pembedahan.
Lagi cerita-cerita menarik dan pilu berkaitan Zamani Slam
Zamani berkata demikian dalam program ‘MeleTOP’ dalam Astro Ria pada Selasa, 7 Jun 2022. Dia menjadi salah seorang artis undangan.
Menurut Zamani, dia baru menyedari keadaan badannya yang semakin membongkok akibat penyakit 'Idiopathic Scoliosis' itu daripada video-video peminat yang tular dalam laman sosial.
Menceritakan keadaan terkini kesihatannya, Zamani mengakui tulang belakangnya semakin teruk dan sakit jika ia terus dibiarkan.
"Saya tak marah bila orang kongsi video tersebut, cuma agak terasa bila orang tunjuk keadaan kita. Tapi bila saya tengok balik video tu, barulah saya nampak keadaan sebenarnya saya dan nampak teruk dari sisi tepi.
"Sebenarnya keadaan kesihatan saya semakin teruk sebab saya dah tak boleh nak berdiri tegak. Sekarang saya kena buat pembedahan masukkan besi untuk menyokong tulang belakang.
"Saya agak risau sebab perut belah kanan ni makin lama makin takde daging. Dia dah kosong dan saya takut. Sekarang memang sangat sakit sebab dia dah cucuk rusuk. Saya nak jalan pun susah, nak bekerja. Buat masa sekarang saya makan ubat tahan sakit sebab belum ada ubat yang dikhaskan untuk skoliosis," tambahnya.
Menurut Zamani, penyakit skoliosis yang dialami badannya itu sudah berlarutan selama 20 tahun.
"Kini saya dan doktor masih pada peringkat perbincangan kerana pembedahan ni melibatkan banyak pihak seperti isteri saya, keluarga dan juga peminat.
"Saya pun takut sebenarnya, saya sedang fight dengan karier saya dan saya perlukan banyak sokongan daripada orang disekeliling untuk beri saya semangat. Ini pun antara hidup dan mati,” katanya dalam ‘MeleTOP’ yang dihos oleh Nabil Ahmad dan Sherry AlHadad itu.
Setelah lama hidup membujang Zamani memilih Nur Juliana Abdul Rani sebagai pasangan hidup pada 20 September 2019. - KitaReporters