Berita Terkini| 4 unit Flat PKNS di Kampung Baru KL terbakar! Satu lelaki ditemukan rentung!
Published byKeadaan rumah yang terbakar di Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 25 April 2021. - Kredit Gambar: Facebook
SEORANG lelaki ditemukan rentung selepas empat unit rumah Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Jalan Tun Razak, Kampung Baru, Kuala Lumpur terbakar pada awal pagi Ahad, 24 April 2021.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata, mangsa yang berusia 54 tahun itu ditemukan meninggal dunia akibat rentung 100 peratus.
"Kebakaran membabitkan empat rumah dengan tiga daripadanya musnah 30 peratus, manakala satu terbakar 70 peratus," katanya dalam kenyataan media, pada Ahad, 25 April 2021.
Terdahulu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.39 pagi.
Seramai 20 anggota menaiki tiga jentera dari Balai
Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak, Titiwangsa, Keramat serta Hang Tuah
dikerah ke lokasi kejadian.
Kebakaran rumah berkenaan berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 7.02 pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
TIGA jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.39 pagi Ahad, 25 April 2021. - Kredit foto: Berita Harian.