Marshanda dan unicorn berpisah tiada! Semua mamanya belikan!
Published byKoleksi foto-foto : Salizawati Saleh
Naluri kanak-kanak memang suka menyimpan sesuatu apa yang digemarinya. Pengaruh daripada ledakan teknologi serba canggih hari ini bagaikan 'memusatkan' minda mereka kepada apa yang diinginkan.
Bagi anak lelaki paling tidak menggemari watak Ejen Ali, Boboboi, Upin dan Ipin atau Nobita manakala yang perempuannya menyukai Shizuka, Kak Ros, Doraemon dan Yaya yang memegang watak utama dalam drama animasi tempatan.
Kesannya? Pasti mereka mahukan koleksi yang tertera watak sedemikian.
Kotak pensil, buku, beg sekolah, pensil, kasut, stokin, cawan, pinggan anak patung dan sudah pasti mahukan baju yang bercetak watak kesayangan mereka.
Boleh mengamuk kalau tak dapat ni!!!
Marshanda bersama sebahagian daripada koleksinya
Berbeza pula dengan si cilik Marshanda Sofea Misre yang gemar menyimpan koleksi unicorn atau kuda poni bertanduk satu yang comel.
Memang comel pun si unicorn ni dengan alis mata yang lentik dan mata yang bulat. Kita yang dewasapun suka melihatnya.
Dia kini miliki ratusan koleksi pelbagai barang yang semuanya beridentitikan si kuda poni bertanduk satu itu.
Bermula dengan pen dan pensil, kini apa sahaja 'benda' yang tertera gambar kuda poni, Marshanda meminta ibunya, Salizawati Saleh belikan.
Baiknya hati ibu. Terima kasih ibu
Antara koleksi unicorn Marshanda
Antara koleksi unicorn Marshanda
Kalau nak tahu, koleksi paling mahal yang Marshanda miliki ialah beg sekolah jenama Smiggle berharga RM199 dan yang paling murah dibeli di kedai Eco RM2.
Nampakkan anak sekecil Marshanda bijak mengumpul koleksi barangan seiring dengan usianya.
Mahal atau murah dia tak kisah selagi ibu bapa mampu belikan. Tapi biasanya, harga patut patut je kan.
Anak bongsu daripada tiga beradik, Marshanda menyimpan koleksinya di dalam almari, rak buku dan di meja tulis.
"Kalau suka, dia nak.. tak kisahla anak patung ke.. buku.. pensil.. key chain atau apa sahaja yang terselit muka unicorn tu dengan syarat ia belum ada lagi dalam simpanan sedia ada," katanya yang turut membeli secara dalam talian untuk memenuhi kehendak anaknya itu.
Adik bongsu kepada Melisa Sharmila dan Miya Syaznira ini juga diraikan dalam majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran bertemakan unicorn. Dan paling menarik hadiah hari jadi yang diterima juga pelbagai koleksi unicorn.
Bertuahlah kamu!!
Comel je Marshanda dengan hodie unicorn dan guna beg sekolah jenama Smiggle yang ada gambar unicorn
Poni pun kena pakai tali pinggang keselamatan.
Marshanda pula berkata, dia sememangnya suka dengan unicorn kerana kecomelan wajahnya.
"Kalau boleh saya nak simpan semua barang yang ada gambar unicorn ni.
Marshanda bersama kedua-dua kakaknya
Ibu bapa seharusnya berfikir dengan bijak dalam mengasuh dan mendidik anak. Kehendak dan keperluan adalah dua perkara berbeza.
Selagi ianya tidak memudaratkan si anak, tidak salah untuk kita penuhi keiginannya.
Seperti Marshanda, dia berminat dengan kuda poni. Tak salahpun sebab dia boleh guna koleksi pen, pensil, buku, beg sekolah, baju dalam tempoh yang sangat lama. - KitaReporters
Bergambar pun berlatar belakangkan koleksi unicorn