Kredit gambar-gambar: Modern Turkmenistan



JIKA ditanya secara rawak kepada orang ramai, apakah ibu negara paling mahal di dunia? Mungkin ada yang membuat telahan klise seperti Kota London, Washington, Hong Kong, Tokyo dan sebagainya.

Namun tahukah anda bahawa ibu negara Turkmenistan di Asia Tengah telah dinobatkan sebagai bandar termahal di dunia untuk pekerja warga asing atau ekspatriat.

Ashgabat, merupakan sebuah bandar dengan kira-kira satu juta orang penduduk, mendahului kota-kota raya lain bagi sebuah tinjauan berkaitan kos sara hidup penduduk 2021 oleh firma perunding Mercer.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan termahal



Walaupun mungkin ramai tidak percaya akan fakta ini, namun keputusan dapatan dari firma tersebut menunjukkan kedudukan tersebut menempatkan Ashgabat berada di atas kedudukan kota termahal tahun lalu, diikuti Hong Kong, yang berada di tempat kedua, Beirut di Lebanon dan Tokyo di Jepun pada kedudukan ketiga dan keempat termahal.

Laporan tahunan tersebut merangkumi 209 bandar berdasarkan kos perbelanjaan seperti perumahan, pengangkutan dan makanan.




Menurut sumber Mercer, pihaknya menilai lebih daripada 200 barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan laporan tersebut.

Dapatan ini lebih kepada untuk membantu sektor ekonomi rentas sempadan dan pemerintah di seluruh dunia menentukan kayu ukur dalam peniagaan dan dasar-dasar untuk kemakmuran penduduk, serta golongan pekerja ekspatriat.

Sebilangan besar bandar yang berada pada kedudukan 10 teratas sebagai ibu negara paling mahal menurut laporan dari Mercer ini adalah merupakan pusat perniagaan, di mana pertumbuhan ekonomi setempat telah menyebabkan kenaikan harga perumahan dan kos sara hidup yang lain.




Mengapa Ashgabat berada di kedudukan teratas dalam senarai?

Jean-Philippe Sarra dari Mercer memberitahu bahawa "inflasi tempatan yang tinggi" menjadi perkara terpenting untuk Ashgabat diiktiraf sebagai sebuah bandar termahal di dunia, seperti dilaporkan media AFP.

Turkmenistan dahulunya merupakan sebahagian daripada Kesatuan Soviet, dan negara ini sangat bergantung kepada eksport gas asli ke Rusia.

 Oleh itu, kemelut ekonomi negara ini kebanyakannya didorong oleh harga gas yang rendah.

Apatah lagi sekitar tahun 2014 dahulu, kejatuhan harga tenaga global telah mendorong inflasi dan harga makanan di negara berkenaan. - KitaReporters









Kredit gambar-gambar: Modern Turkmenistan

2
1
0
0
0

Copy Link: