Berita Terkini| 10,000 tan makanan, plastik terbuang awal Ramadan! Rekod sehari di Semenanjung!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan... Jumlah makanan masih elok dan plastik terbuang dijangka akan terus meningkat menjelang akhir Ramadan 


PERBADANAN Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menganggarkan sebanyak 10,000 tan makanan masih elok dan plastik terbuang dalam tempoh sehari di Semenanjung Malaysia pada awal Ramadan ini. 

Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jumlah itu dijangka meningkat dari semasa ke semasa berikutan semakin ramai pengguna berbelanja sehingga ke akhir Ramadan nanti.

“Tindakan rakyat termasuk peniaga bazar Ramadan dan gerai yang membuang makanan dan bekas plastik secara tidak terurus bukan sahaja satu pembaziran tetapi juga mengancam sistem saliran hingga berlakunya pencemaran.

“Kementerian merancang tiada lagi penggunaan dan pembuangan sisa plastik pada tahun 2030 nanti dalam usaha mengelakkan berlakunya pencemaran air termasuk gangguan sistem perparitan,” katanya yang dipetik oleh laporan Harian Metro, 16 April 2021.

Tambah Tuan Ibrahim, pembuangan dan pengurusan sampah secara sempurna dan teratur akan dapat membantu kerajaan mengurangkan kos kerja-kerja pembersihan sistem perparitan di bandar serta aliran sungai di seluruh negara. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
2
0
0
0

Copy Link: