TERBAIK IBU! BUKA "KEDAI RUNCIT IBU" MASA PKP
Published byKredit foto: FB Puan Nadzirah Razali
Bagi Puan Nadzirah Razali, beliau mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anaknya apatah lagi ketika ini sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), maka idea mestilah kreatif agar anak-anak ini tidak terasa bosan sebaliknya bersemangat untuk lakukan apa yang kita arahkan.
Tempoh PKP yang telah dikuatkuasakan sejak 18 Mac hingga 30 Mac 2020, telah dilanjutkan sebanyak dua kali kepada 14 April 2020 dan terkini, kepada 28 April 2020.
Puan Nadzirah berkongsi tips bagaimana beliau mengajar anaknya dengan cara halus melakukan sesuatu pekerjaan sebelum mereka diberi gaji.
Melalui posting beliau dalam Facebook (FB) miliknya, beliau telah menyenaraikan beberapa pekerjaan jika dilakukan akan diberi gaji dan duit boleh digunakan untuk membeli coklat dan barangan-barangan lain.
Antara barangan yang dijual oleh Nadzirah.
Jika dilihat, pelbagai jenis makanan yang dijual biarpun harga dilihat agak 'mahal', namun ini sudah pasti salah satu perkara untuk memberi hiburan kecil kepada anak-anaknya.
Perkara Ini sudah pasti salah satu yang dapat mengelak anak-anak mereka merasai kebosanan ketika berada di rumah.
Antara pekerjaan yang boleh dilakukan untuk mendapatkan duit adalah kemas mainan (RM50), mengaji selepas maghrib (RM200), kemas rumah (RM50) dan lain-lain lagi.
Malah, kedai milik ibunya juga hanya beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja.
Antara pekerjaan yang dibayar gaji oleh Puan Nadzirah. Kredit foto: FB Puan Nadzirah.
'Cuci tangan sebelum masuk kedai ibu' .
Satu perkara yang harus diberi pujian kepada ibu ini, beliau mengajar anaknya untuk mencuci tangan terlebih dahulu sebelum membeli barangan di kedai ibu.
Malah, beliau juga mengajar mereka jangan berhutang dalam sesuatu perkara.
Didikan seperti ini sesuatu yang baik dan boleh beri mesej positif serta tauladan kepada orang ramai.
Jika dilihat, perkara ini sudah tentu sesuatu yang amat baik bagi mengeratkan lagi hubungan antara anak-anak dengan ibu bapa yang sebelum ini dilihat agak sibuk dengan pekerjaan hingga tiada ruang dan masa bersama anak.
Cara didikan Puan Nadzirah ini mendapat perhatian netizen dan mereka memuji cara ini yang dianggap kreatif biarpun harga yang dijua sememangnya 'mahal'.
Ramai juga antara netizen yang tag pasangan masing-masing dan dilihat ia sebagai ia boleh dipraktikkan dalam keluarga mereka.