WALAUPUN Ramadan kali ini ramai yang tidak dapat menambahkan pendapatan berniaga lauk-pauk di bazar Ramadan akibat Covid-19, namun tidak untuk peniaga kuih raya. Peniaga kuih raya masih boleh menjalankan perniagaan mereka dengan menjual secara online. Itulah orang kata, rezeki masing-masing. : KitaReporters


Bukan sahaja orang biasa, tetapi ramai juga golongan artis yang terlibat dengan perniagaan ini. salah seorangnya ialah pelakon jelita, Uqasha Senrose.

Pelakon berdarah Siam ini kini sibuk menjual kuih raya dalam media sosialnya

Dia berterima kasih kepada semua yang sudi membeli kuih raya daripadanya. Malah, dia juga akui tidak menang tangan menyiapkan tempahan.

“Semua ini sudah berpunya. Baru suku siap. Harap semua bersabar okay. Batch ketiga hari yang ketiga. Alhamdulillah, terima kasih semua,” tulisnya dalam Insta Story.


Bagi yang belum tahu, Uqasha atau nama sebenar, Nik Zaris Uqasha Nik Sen menjual biskut Arab yang diberi nama ‘Something Sweet by The Four Sisters’.

Biskut Arab yang dijual oleh Uqasha merupakan resipi turun-temurun keluarganya.



Namun, sebagai peniaga, pasti ada cabarannya terutama apabila berdepan dengan pelanggan atau netizen yang suka membuat provokasi.

Seorang pengguna Twitter, menyelar Uqasha kerana dikatakan menjual kuih raya dengan harga yang terlalu mahal.

“Biskut Arab Uqasha harga Yahudi” tulis individu tersebut.


Tidak tahulah sama ada individu terbabit adalah pelanggan atau hanya netizen yang mahu membuat provokasi terhadap golongan artis yang berniaga.

Tidak setuju dengan kenyataan tersebut, Uqasha membalas ciapan tersebut dengan menjelaskan harga yang ditetapkan adalah berpatutan.

“Excuse me? Dengan 100 biji? Dengan kos dan sebagainya? Hahaha…awak mesti begurau,” balas Uqasha.

Sabarlah wahai Uqasha. Inilah asam garam dalan perniagaan. 

Ada saja yang tidak kena terutam apabila ia melibatkan golongan artis.


Netizen hanya tahu mengecam tanpa ambil peduli susah payah menyediakan kuih-kuih raya tersebut. 

Kalau tidak berpuas hati dengan harga, tak payah beli kerana Uqasha sendiri tidak pernah memaksa membelinya. Chill sis! - KitaReporters

6
4
0
0
0

Copy Link: