Berita Terkini| Anggota polis baru pindah ke Sibu ditemukan mati! Tertembak oleh rakan anggota!
Published byMANGSA difahamkan baru sebulan ditempatkan di IPD Sibu selepas tamat latihan polis. - Kredit foto: Facebook IPD Sibu
SEORANG konstabel polis lelaki ditemukan mati di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9, Taman Permai di Sibu dipercayai tertembak oleh rakannya yang juga seorang anggota polis yang menyewa rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley
Jonathan Ringgit berkata, anggota yang dikenali sebagai Norhalim Tumiran, dijumpai
dengan kesan tembakan pada kepala selepas laporan mengenai kejadian itu diterima
sekitar 7 malam pada Khamis 6 Mei 2021.
"Kami dimaklumkan seorang anggota polis ditemukan
mati dengan kesan tembakan pada bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih
terduduk di atas sofa di dalam rumah," katanya tanpa memberitahu butiran
lanjut kejadian seperti yang dipetik oleh
Bernama pada Jumaat, 7 Mei 2021.
Mangsa yang baru sebulan setengah berpindah tugas ke Sibu selepas menamatkan latihan asasnya sebagai anggota polis dikatakan datang ke rumah sewa berkenaan yang didiami dua rakan polisnya untuk bermain permainan komputer sebelum waktu berbuka puasa.
Mangsa yang tinggal di rumah transit di IPD Sibu
mempunyai seorang isteri dan seorang anak berusia setahun.
Stanley yang meninjau tempat kejadian selepas menerima
laporan insiden itu berkata, mangsa yang berusia 25 tahun itu bertugas di Unit
Rondaan Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
(JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.
Menurutnya, laporan awal kejadian tersebut telah
dihantar kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail dan Ketua Bahagian
Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Lukas Aket.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter