Impian Aishah berkecai apabila diceraikan melalui apliksai WhatsApp.

SINGLE terbaharu Aisyah berjudul ‘Ketentuan Takdir’ seperti meluahkan kehidupan sebenar penyanyi ini. Lagu yang melodinya dicipta oleh Chevy Amry dan lirik oleh Habsah Hassan mula ditayang dalam laman YouTube pada 31 Januari 2022 lalu. 

Datuk Wan Aishan Wan Ariffin, 57, mengharapkan perkahwinan keempatnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Namun hanya kekal lima tahun apabila dicerai bekas suami pada 25 Disember 2021.

Lagi cerita-cerita perit berkaitan perceraian

Aishah dan suami keempat ketika masih bahagia.


Apa yang cukup memilukan Aishah ialah lafaz perceraian tidak dilakukan secara hormat iaitu sama ada secara berdepan atau di hadapan hakim di mahkamah syariah.

Sebaliknya bekas suaminya melafazkan talak satu melalui aplikasi WhatsApp sahaja.

/


Aishah mengumumkan perceraiannya dalam sebuah media pada  2 Februari 2022. Aishah mengakui menangis ketika menerima lafaz talak melalui platform media sosial berkenaan. 

Bagaimanapun dia menguatkan hati dan tabah bagi meneruskan kehidupan seterusnya. Dia menyibukkan diri dengan beberapa kegiatan terutama kegiatan seni.

Aishah tidak bercadang untuk berkahwin lagi dan gembira hidup dengan dua anak lelaki, Armand Abdullah, 29, dan Azhad Ahlami Muhammad, 23, hasil perkahwinan pertama dan keduanya.

Dua anak lelaki pengubat luka hati Aishah

Aishah mengumumkan kepada media bahawa dia mempunyai masalah rumah tangga sejak November 2021 dan sudah tiga bulan tidak tinggal serumah bersama bekas suami.

Kelukaan Aishah terubat sedikit apabila dia menerima anugerah Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk pada 14 Januari 2022.


/

Aishah ketika menerima anugerah Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk pada 14 Januari 2022. - Kredit foto: IG:aishahjmm

Walaupun gambar dengan suami keempatnya tersiar dalam sejumlah media, namun Aishah tidak pernah menyatakan nama suaminya itu. - KitaReporters


15
9
1
13
0

Copy Link: