Tak berasa malu! Pelakon veteran bawa beg plastik! Ambil lebihan makanan majlis perkahwinan!
Published bySeorang pelakon veteran di China tidak malu mengutip lebihan makanan yang tidak habis dalam satu majlis perkahwinan pada Ahad, 19 September 2021. Perbuatan Li Qinqin, 60, dirakam oleh jurugambar majlis perkahwinan itu dan tular dalam sejumlah laman sosial menyebabkan ramai yang memberi ulasan jelek akan perbuatannya. Namun ada yang menyokong apa dilakukannya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan
Pelakon veteran China, Li Qinqin dirakam membungkus sisa makanan tak habis pada satu majlis resepsi perkahwinan. - Kredit foto: eva.vn
Pelakon veteran itu tanpa malu-malu membungkus sejumlah makanan yang tidak habis dengan menggunakan beg plastik untuk dibawa pulang.
Ketika Li dirakam sedang sibuk memasukkan makanan sisa di piring ke dalam beg plastik untuk di bawa pulang, jurukamera yang merakam suasana itu terdengar tertawa.
Dia bertanya kepada Li apakah artis veteran membawa makanan untuk anjingnya. Li Qinqin terus menjawab secara spontan bahawa dia tidak mahu makanan-makanan itu berakhir di tempat sampah.
"Makanan tidak boleh disia-siakan. Jangan tertawakan aku. Bukankah di sekolah guru selalu mengajarkan untuk menjimatkan makanan?" katanya kepada seorang wartawan.
Memetik laporan dari Eva.vn, Li Qinqin menyatakan, video itu dirakam ketika dia sedang menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak angkatnya.
Li Qinqin mengakui bahawa dia membawa pulang semua makanan lebihan dan tidak merasa malu akan perkara itu.
Setelah video itu viral ramai nitizen mempertikai tindakan pelakon veteran itu melakukan perkara yang disifat memalukan.
Namun ada juga netizen menganggap tindakan itu tidak memalukan. Malah tindakan Li Qinqin tidak mahu membuang makanan yang masih baik adalah perkara yang harus ditiru.
Li memang dikenali sebagai artis dengan gaya hidup kedekut. Dia selalu menghabiskan semua makanannya.
Ly Can Can juga tidak pernah menghabiskan banyak wang untuk baju mahal atau berjenama. Menurut artis ini, dia hanya membeli topi paling mahal berharga 20 yuan kira-kira RM13.
Kredit foto: inf.news
Li Qinqin adalah antara pelakon terkenal di China. Dia dikenal dalam penglibatan dalam sejumlah filem seperti Tieu Arogan Gypsy, Kinh Hoa Yen Van dan Cam Y Chia Ha.
Pada usia 60 tahun, Li kini tinggal bersendirian di Beijing. Dia berkahwin 3 kali, kesemuanya dengan warga asing yang berakhir dengan perceraian.
Kini Li menikmati hari tua dengan kehidupan yang sederhana dan nyaman. Dia menanam sayur-sayuran dan buah sendiri dan melihara banyak kucing dan anjing terbiar.
Dia sering meminta makanan terbuang dari kedai makan dan daripada orang ramai untuk diberikan sebagai makanan kucing dan anjing di rumahnya. - KitaReporters