CONTOH wang palsu RM100 yang digunakan suspek membeli di tapak Ekspo di Bandar Sri Jempol. kredit Foto: mstar.com


TAKTIK licik seorang wanita yang menggunakan wang palsu bernilai RM100 untuk membeli beli-belah di tapak ekspo di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan akhirnya tumpas selepas ditahan oleh sekumpulan peniaga di tapak berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 33 tahun sebelum itu membeli pakaian di tapak ekspo pada jam 10.30 malam Jumaat, 22 April 2021.

“Suspek dipercayai datang ke ekspo berkenaan dengan seorang rakan yang menunggu di dalam kenderaan di tempat letak kereta berhampiran ekspo berkenaan.

"Suspek kemudian membeli pakaian berharga RM40 di sebuah gerai dengan menggunakan sekeping wang kertas RM100 dan peniaga memulangkan baki sebanyak RM60 kepada suspek tanpa menyedari duit itu palsu,” katanya yang dipetik oleh Berita Harian pada Jumaat, 23 April 2021.

Chang Hook menambah, peniaga yang menerima wang berkenaan curiga dengan wang berkenaan sebelum ke gerai seorang peniaga lain untuk membuat pemeriksaan ke atas wang tunai berkenaan.

Hasil pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas wang mendapati wang berkenaan adalah palsu," katanya

Suspek kemudian ditahan oleh sekumpulan peniaga ekspo berkenaan sebelum dibawa ke Balai Polis Bandar Seri Jempol.

Katanya, siasatan polis mendapati suspek memiliki tiga keping wang kertas RM100 yang didakwa diterima hasil jualan telefon bimbitnya.

"Suspek turut mengakui menggunakan wang berkenaan bagi urusan membeli barang lain di tapak ekspo berkenaan. Suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
1

Copy Link: