BENCANA banjir yang melanda negara terutamanya di Selangor baru-baru ini menyaksikan pelbagai pihak termasuk individu persendirian tampil dengan macam-macam cara bagi membantu mangsa banjir.

Tidak terkecuali, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) yang menyerahkan sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dari syarikat-syarikat dan usahawan-usahawan di bawah bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell), pada 23 Disember 2021 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bantuan mangsa banjir


NASRUL HADI SHUKRAN JAMIL


Menurut Naib Presiden Kewangan RichWorks, Nasrul Hadi Shukran Jamil, sumbangan tersebut diharap dapat membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar Shah Alam yang terkesan apatah lagi ketika baru hendak pulih ekoran pandemik Covid-19 sejak tahun 2020. 

Katanya, banjir yang berlaku pada 18 Disember 2021 itu turut melibatkan pejabat RichWorks dan belasan kakitangan terkesan apabila kereta dan rumah ditenggelami air. 

"Namun kami faham pasti ada lagi ramai di luar sana lebih berat cabaran mereka hingga ada kehilangan ahli keluarga. Semoga sumbangan ini dapat berikan harapan buat penerima agar kembali bangkit daripada cabaran ini.

"Alhamdulillah, usahawan didikan RichWorks bersama-sama dengan mangsa banjir untuk menghulurkan tangan bagi membantu. Jumlah kutipan berkenaan dapat dikumpulkan dalam tempoh 24 jam

"Dalam rezeki kita ini, adanya bahagian orang lain dan bisnes dijalankan juga bukan semata-mata untuk diri mereka sendiri seperti selalu diterapkan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman," katanya kepada pemberita.

Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Nasrul Hadi kepada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor mewakili Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Wisma MBSA. 



Sementara itu, untuk info RichWorks merupakan syarikat latihan dan bimbingan terbesar serta paling berjaya di negara dengan melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Datuk Wira Dr Azizan Osman selain menarik lebih daripada 1.5 juta peserta menerusi lebih 1,500 acara, seminar live mahupun secara dalam talian. 

RichWell merupakan pertubuhan kebajikan di bawah naungan RichWorks yang menyasarkan bantuan kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan sejak 2008 lagi. - KitaReporters


8
14
0
8
0

Copy Link: