Peserta berbasikal memulakan Cabaran Monsun Marang 2021. - Kredit foto: FB Farok Hussin


MUSIM tengkujuh yang melanda Terengganu tidak mematahkan semangat peminat berbasikal negeri itu sebaliknya ia tetap meriah apabila acara Cabaran Monsun Marang (MMC) 2021 mendapat sambutan daripada orang ramai.

Program itu disertai seramai 800 peserta dari dalam dan luar negeri berjaya menarik minat bukan sahaja dalam kalangan peminat berbasikal malah penduduk setempat

Lebih menarik program itu turut disertai pemimpin kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong; Pegawai Daerah Marang, Lizan Che Mat; serta Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya.


Lagi kisah menarik berkaitan Terengganu

Tengku Farok Hussin (dua dari kanan)  tutut serta acara berbasikal Cabaran Monsun Marang


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program anjuran Persatuan Lumba Basikal Terengganu dengan kerjasama Majlis Daerah Marang itu menerima sambutan menakjubkan meskipun diadakan pada musim tengkujuh.

Acara tersebut  mempertandingkan empat kategori iaitu ‘Road Race’ (78 KM), ‘Mountain Bike Race’ (25 KM), ‘Women Open (25 KM) dan kayuhan santai (25 KM) yang bermula di Dataran Bandar Marang.


Sebahagian peserta yang menyertai acara berbasikal Cabaran Monsun Marang


Katanya, di samping kewujudan laluan berbasikal baharu di daerah berkenaan, anjuran seumpama itu boleh diadakan setiap kali hari cuti dan pelepasan sama ada pada peringkat komuniti setempat, daerah dan negeri.

Beliau berkata, sambutan peserta dari negeri-negeri seperti Johor, Selangor dan Perak menunjukkan sukan ini bukan sahaja terkenal dalam kalangan atlet malah rakyat biasa juga.

"Insya-Allah, penganjuran ini dapat diteruskan dan kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan pengayuh luar," tambah beliau.


Cabaran Monsun Marang menarik ramai peserta dari dari dalam dan luar negeri Terengganu


Tambah Wan Sukairi, kejayaan atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu dalam kejohanan-kejohanan memberi lagi momentum dalam sukan tersebut.

“Mungkin disebabkan perhatian tinggi dan fokus diberikan oleh panel jurulatih dan para atlet meskipun mengharungi fasa pandemik COVID-19, namun kita terus mengambil ruang dan peluang melalui latihan dalam talian dan penyertaan dalam kelonggaran diberikan,” katanya lagi. - KitaReporters


Peserta Cabaran Monsun Marang

 

12
9
1
7
0

Copy Link: