PELAKON Jehan Miskin, 41, tidak berhasrat untuk melakukan ‘comeback’ dalam lakonan walaupun beliau menerima tawaran berlakon dalam filem sulong Dato Awie, ’10 Tips Tipu Bini’ yang bakal bersiaran dalam saluran Astro First bermula 7 Januari 2021 ini. Apakah Jihan merajuk dengan industri? :  KitaReporters


Jehan Miskin bersama Awie. - Kredit foto: Instagram @jehan_miskin.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Jehan Miskin:

https://kitareporters.com/search?search=jehan+miskin


“Sebenarnya saya lebih fokus kepada kerja-kerja penggambaran iklan di bawah syarikat sendiri kerana itulah tugas hakiki yang membuatkan saya rasa seronok,” ujar Mohd Jehan Miskin ketika ditemui pada majlis sidang media filem TV terbitan Rumah Produksi Merah  ’10 Tips Tipu Bini’ milik Awie di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 29 Disember 2020 lalu.

Menurut Jehan, kenapa beliau bersetuju untuk berlakon dalam filem Awie adalah disebabkan penyanyi rock itu pernah berlakon dalam  telemovie pertama terbitannya 10 tahun lalu berjudul “Buta Warna’.

“Saya anggap ini sebagai ‘reunion’ dan membalas balik jasa Awie yang sudi berlakon watak utama dalam telemovie terbitan pertama saya 10 tahun lalu,” ujar Jehan sambil memberitahu akan menolak tawaran berlakon yang memerlukan masa yang panjang.


Antara barisan artis filem 10 Tips Tipu Bini bersama pengarah Azizi 'Chunk' Adnan (dua dari kiri).



Jehan merasakan syarikatnya, Mastermind Group Sdn Bhd yang banyak tertumpu pada penggambaran iklan tidak mengizinkannya untuk meluangkan masa  berlakon.

“Jiwa saya tidak lagi terarah pada lakonan buat masa ini kerana sudah lama saya tinggalkannya,” jawab Jehan di mana filem terakhirnya beliau berlakon berjudul ‘Suamiku, Encik Perfect 10’ pada tahun  2015 bersama bintang utamanya, Aaron Aziz dan Lisa Surihani.

Menafikan dirinya merajuk dengan industri perfileman, Jehan berkata, "saya sendiri yang berundur bermula 2016 untuk memberikan tumpuan pada syarikat sendiri."

Jehan berpendapat, setiap orang harus mencari kebahagiaan diri sendiri dan beliau bersyukur telah menemui kebahagian itu apatah lagi perkahwinannya selama lebih 7 tahun bersama wanita Korea, Julie Camelia Rhee pada Mei 2013 dan bakal dianugerahkan cahaya mata sulung pertama mereka pada tahun 2021 ini.



“Ironinya, tahun wabak pandemik COVID-19 ini, kami diberkati dengan anak kecil ini. Saya sangat teruja untuk melihat kejutan apa lagi pada tahun 2021 ini,” tulis Jehan melalui kapsyen yang dimuat naik dalam laman sosial Instagramnya berhubung anak yang bakal lahir tahun ini.

Pun begitu, Jehan enggan mendedahkan jantina anak sulungnya itu, namun memberitahu mahu menumpukan perhatian terhadap kesihatan diri waima usia pun dah mencecah 41 tahun.

“Saya perlu jaga kesihatan, bersenam di gim, makan vitamin untuk kekal sihat supaya 20 tahun mendatang dengan adanya anak yang dah membesar saya tetap mampu 'fit' bagi menjalankan tanggongjawab sebagai suami dan ayah,” tambah pelakon kelahiran Pulau Pinang ini yang memulakan kerjayanya dalam iklan televisyen.

Tidak hairanlah Jehan memberikan keutamaan dalam bidang pengiklanan daripada perfileman sungguh pun katanya, "insya-Allah, mungkin satu hari nanti saya akan sambung dengan penerbitan filem di bawah syarikat sendiri kerana jiwa seni sudah sebati dalam darang dagingnya dan tentu sekali ia tidak dapat dipisahkan." - KitaReporters

0
2
0
0
0

Copy Link: