Perlawanan ACL: Kemenangan 5-0 Kawasaki Frontale ke atas JDT! Wajib menang lawan Ulsan Hyundai!

Published by
KitaReporters


KAWASAKI Frontale dari Jepun memulakan pusingan kedua dengan kemenangan mudah ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan jaringan besar 5-0 sekali gus merampas pendahulu Kumpulan I daripada JDT

Turun tanpa beberapa tonggak utama ternyata ia memberi kesan sehingga gagal mengekang asakan demi asakan daripada pasukan Kawasaki Frontale. 


Lagi cerita-cerita perlawanan berkaitan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 



Separuh pertama saja, JDT sudah ketinggalan 3-0 kepada pasukan Kawasaki Frontale dan ini jelas menunjukkan pasukan pertahanan sangat longlai tanpa ketiadan Shahrul Saad

Dengan kekalahan ini, JDT kini berada di kedudukan kedua Kumpulan I dan kongsi sama mata dengan Ulsan Hyundai FC, 7 mata

Dalan perlawanan akan datang, tugas berat menanti skuad bimbingan Benjamin Mora apabila misi wajib menang ke atas Ulsan Hyundai dari Korea Selatan itu jika mahu slot ke pusingan seterusnya terjamin. 

Biarpun mencatat kemenangan 2-1 pada pusingan pertama, pasukan JDT perlu lebih berhati-hati kerana Ulsan Hyundai sudah pasti inginkan kemenangan bagi memburu slot pusingan seterusnya juga. 



Jika dilihat dari skuad yang diturunkan dalam perlawanan ini, Benjamin Mora telah merehatkan beberapa pemain utama yang dikatakan mengalami kecederaan dan ini sudah pasti beliau mahu kesemua pemain utama beliau cergas sebaik mungkin ketika turun menentang Ulsan Hyundai. 

Ayuh JDT, ini adalah peluang terbaik untuk cipta sejarah baharu untuk kelab Malaysia dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menjadi pasukan pertama yang layak ke pusingan seterusnya. - KitaReporters


Kredit FB JDT

14
13
0
7
0

Copy Link: