Berita Terkini| Buruan polis ditembak mati! Bertindak agresif ke arah polis! Serang guna parang!

Published by
KitaReporters

ANGGOTA polis mengangkat mayat suspek yang ditembak mati berhampiran pondok persembunyian dalam kawasan hutan di kampung Bukit, Bayan Lepas. - Kredit foto: Sinar Harian


SEORANG lelaki yang diburu polis sejak sebulan lalu ditembak mati berhampiran pondok persembunyiannya dalam kawasan hutan di Jalan Air Terjun, Kampung Bukit di Bayan Lepas, pada Ahad 27 Jun 2021.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek dikesan di kawasan berkenaan sebelum sepasukan anggota polis tiba untuk menahannya, namun suspek yang berusia 34 tahun itu bertindak agresif dengan cuba menyerang menggunakan sebilah parang.

Bagi mempertahankan diri, Kamarul Rizal berkata, anggotanya terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah suspek.

"Akibat tembakan itu, suspek yang tidak bekerja, rebah dan disahkan meninggal dunia kira-kira 30 meter dari pondok yang menjadi tempat tinggalnya.

"Suspek sedang diburu polis tinggal di dalam kawasan hutan itu bagi mengelak dikesan susulan melakukan kes pecah rumah dan curi di sekitar daerah Barat Daya," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Ahad, 27 Jun 2021.

Polis turut menemukan sebilah parang, pemutar skru serta peralatan menghisap dadah dalam pondok suspek.

“Suspek diburu sejak sebulan lalu bagi membantu siasatan atas pelbagai kes termasuk pecah rumah dan curi namun dia dilaporkan menghilangkan diri.

"Semakan mendapati suspek yang masih dikehendaki polis mempunyai 22 rekod membabitkan kes jenayah dan narkotik dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

KETUA Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek bertindak agresif dengan cuba menyerang menggunakan sebilah parang ketika anggota cuba menahannya. 

3
4
0
0
1

Copy Link: