Berita Terkini| Vaksin Pfizer, Sinovac, AstraZeneca sesuai buat ibu mengandung! 110k dah daftar!
Published byGambar hiasan... Wanita mengandung kekal menjadi penerima vaksin berkeutamaan tinggi berdasarkan risiko jangkitan Covid-19. - Kredit foto: zam-zam.my
Vaksin Pfizer,
Sinovac dan AstraZeneca adalah bersesuaian diberikan kepada wanita mengandung
berdasarkan panduan yang telah dikemas kini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menteri Penyelaras
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata vaksin
jenis Pfizer kekal disyorkan manakala
Sinovac dan AstraZeneca kini juga telah diklasifikasikan bersesuian.
“Sinovac
kini disyorkan oleh laporan interim Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) untuk ibu hamil serta menyusukan anak ekoran manfaatnya jauh lebih besar daripada potensi
risiko yang dikaji.
"AstraZeneca pula tidak lagi dikontraindikasikan kepada kehamilan. Jadi ketiga-tiga vaksin iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca sesuai untuk ibu mengandung,” katanya yang dipetik laporan Bernama, 26 Jun 2021.
Tambah Khairy, setakat ini hampir 109,607 pendaftaran vaksin bagi golongan ibu mengandung diterima di seluruh negara melalui aplikasi MySejahtera.
Katanya, ibu mengandung yang dijangka bersalin pada Ogos 2021 yakni melibatkan seramai 11,663 orang akan diberi keutamaan menerima suntikan vaksin.
Ujar
beliau lagi, lebih 10,000 ibu mengandung
diberi janji temu dengan nota 'Expectant Mother' pada janji temu mereka dan golongan
berkenaan kekal menjadi penerima vaksin berkeutamaan tinggi berdasarkan risiko
jangkitan Covid-19. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter