Video| Liga baru bermula, FAM dah buat duit RM25k! Jangan bergaduh! Nanti duit habis bayar denda!
Published byBIASANYA Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan kenakan denda pada kala Liga Malaysia sudah mula namun untuk tahun 2022 ini, sebelum sepak rasmi liga bermula, FAM sudah dapat 'dana' RM25,000 daripada dua pasukan ini sahaja iaitu Pulau Pinang dan Terengganu II.
FAM terpaksa mengeluarkan denda disebabkan berlaku pergaduhan antara dua buah pasukan ini ketika perlawanan merebut Piala MB Terengganu yang diadakan di Terengganu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan
Jika dilihat semula video tersebut, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka ini sudah berada dalam liga utama dan sepatutnya bertindak lebih profesional.
Disebabkan tidak berfikir panjang, FAM telah mengambil kesempatan dan bertindak lebih profesional dengan tindakan tatatertib kepada pasukan dan pemain yang terlibat.
Antara denda yang dikenakan oleh FAM adalah terhadap pasukan Pulau Pinang dan Terengganu II adalah:
Pasukan:
-- Pulau Pinang didenda sebanyak RM5,000
-- Terengganu II didenda RM10,000.00
Pemain Pulau Pinang:
-- Endrick dos Santos digantung 2 minggu dan denda RM1000.
-- Casagrande pula digantung selama sebulan dan didenda RM3,000
Pemain Terengganu II:
-- Aqil Irfanuddin didenda RM2,000. 00 dan digantung selama sebulan.
-- Ridzuan Razali didenda RM4,000.00 dan digantung selama dua bulan.
FAM terpaksa mengambil tindakan tegas ini bagi mengelak perkara sama daripada berulang pada masa akan datang.
Untuk pasukan lain terutama yang dana tidak berapa ada itu, fikir masak-masak sebelum bergaduh takut nanti duit habis bayar denda je!! - KitaReporters