Video| Neelofa, suami, anak ikut pakej umrah kayangan? RM35k seorang! Demi keselesaan, perkhidmatan!

Published by
KitaReporters

SELEBRITI popular Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz), 27, bersama anak, Muhammad Bilal,1, berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah pada Khamis, 23 Februari 2023 bersama dengan 50 orang jemaah umrah yang lain.  

Mereka menggunakan pakej umrah bertaraf ‘kayangan’ dengan harga mencecah RM35,000 seorang.

Memperinci perkara itu, Neelofa yang juga duta kepada agensi umrah, Omrah Travel Sdn Bhd  menjelaskan, harga ditawarkan adalah berbaloi dan bersesuaian dengan perkhidmatan diberikan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pengacara Neelofa



"Keluarga terdekat pun ada merungut mahalnya pakej umrah ini. Saya sudah memberi penjelasan dalam media sosial berhubung perkara ini. 

"Kita mungkin ada pandangan berbeza, tetapi jika nak buat ibadat, kalau boleh kita nak sediakan perkhidmatan terbaik, dari segi tempat tinggal dan makan minum," katanya.

Neelofa tampil memperbetul persepsi negatif netizen melabelkan pakej umrah ditawarkan bertaraf 'kayangan' dengan harga mencecah RM35,000.  

 "Kita nak pergi ke tempat yang boleh menggandakan pahala. Kita boleh berbelanja lebih untuk pergi ke Dubai atau London, tetapi berkira pergi umrah," katanya kepada sebuah portal. 

Neelofa ditemui ketika menghadiri kursus umrah bersama suaminya, PU Riz anjuran agensi umrah itu di sebuah hotel, baru-baru ini.



Menurut Neelofa, tidak salah menggunakan khidmat umrah VIP demi keselesaan dan berkemampuan, bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Berkongsi pandangan sama dengan isterinya, PU Riz berkata, meskipun pakej ditawarkan adalah premium, namun harganya jauh lebih rendah berbanding harga sedia ada.

"Kami sudah buat kaji selidik dan melihat harga pakej ditawarkan agensi lain. Ternyata, harga yang ditawarkan jauh lebih tinggi hingga mencecah RM50,000. 

"Kalau nak kata pakej ini bertaraf kayangan, sudah tentu bayarannya tinggi, tetapi harga ditawarkan jauh lebih rendah berserta perkhidmatan terbaik akan disediakan," ujar PU Riz.   

Teruja apabila berangkat umrah bersama Bilal yang baharu berusia setahun lalu anak kecil mereka turut dibekal ubat-ubatan yang sesuai dan diberikan suntikan vaksin.

"Selain itu, kami banyakkan doa semoga Allah beri kesihatan yang baik," kata Neelofa. - KitaReporters


13
12
0
8
0

Copy Link: