Pernikahan adalah satu ikatan yang menyatukan dua insan untuk hidup bersama-sama dan menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Namun, pasangan yang baru menikah ini tular sehingga menjadi tarikan ramai kerana pengantin lelaki dilihat menggunakan bahasa isyarat untuk melafazkan akad nikahnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis pernikahan



Video pasangan ini telah tular dalam Tiktok dilihat sedang melafaz akad di sebuah masjid dan membaca taklik untuk berkomunikasi dengan isterinya.

Ternyata ramai orang berasa sebak apabila melihat lelaki ini sedang melafaz akad nikah dengan menggunakan bahasa isyarat.



"Terharu rasanya, menitik air mata. Ya Allah, kau berikanlah kebahagiaan dunia akhirat kepada mereka, amin." Antara kata-kata netizen.

Rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan pasangan ini dalam menguruskan rumah tangga. 

Moga berbahagia sehingga ke Jannah dan selamat menyusuri alam berumah tangga. - KitaReporters


16
8
0
8
0

Copy Link: