Gila Hindustan| Video| Cinta dengan Vyjayanthimala, isteri Raj Kapoor lari dari rumah! - Rishi Kapoor

Published by
KitaReporters

 


'SANGAM' yng membariskan Raj Kapoor (kiri), Rajendra Kumar dan Vyjayanthimala, adalah filem pecah panggung keluaran tahun 1964. 


FILEM box-office ‘Sangam’ (1964) adalah kisah cita tiga segi melibatkan Sundar (Raj Kapoor), Gopal (Rajendra Kumar) dan Radha (Vyjayanthimala). Ketiga-tiga pelakon ini adalah tunggak utama filem tersebut.

Tetapi tanpa diduga, cinta tiga segi dalam filem rupanya terbawa-bawa ke luar filem, melibatkan Raj Kapoor, Vyjayanthimala dan isteri Raj Kapoor, iaitu Krishna Raj Kapoor.

Dalam ‘Sangam’, Gopal dan Radha adalah sepasang kekasih yang telah merancang untuk berkahwin. Sundar dan Raja pula adalah kawan baik. Sundar jatuh cinta dengan Radha tanpa mengetahui dia dan Gopal akan berkahwin.

Radha berusaha menolak cinta Sundar. Sundar pula sentiasa berusaha memujuk Radha menerimanya sebagai kekasih walau pun Radha menolak. Baginya hanya Gopal pilihan hati.


Vyjayanthimala antara bintang jelita Bollywood era 60-an dan 70-an.


Keadaan ini meletakkan mereka dalam senario cinta tiga segi yang rumit. Bagi Radha kasih sayangnya hanya untuk Gopal. Bagi Gopal pula berada di persimpangan, antara seorang kekasih dan sahabat baik. Dia memilih mengorbankan cintanya demi sahabat.

Sundar kemudian berkahwin dengan Radha. Namun situasi menjadi tegang apabila Sundar tahu Gopal adalah kekasih Radha. Konflik wujud antara mereka. Akhirnya Gopal mengambil nyawanya sendiri agar konflik tidak berpanjangan. Ini pengorbanan mulia untuk kekasih dan sahabat.

Mungkin agaknya terlalu mendalam kisah cinta dalam ‘Sangam’ sehingga Raj Kapoor menjalin cinta dengan Vyjayanthimala di luar filem. 

Perkara ini didedahkan sendiri oleh anak Raj Kapoor, aktor Rishi Kapoor, dalam memoirnya.


RISHI Kapoor, bintang 'Bobby' yang mendedahkan hubungan cinta bapanya dengan Vyjayanthimala.


Jalinan cinta Raj Kapoor dengan Vyjayanthimala menyebabkan Krishna Raj Kapoor bertindak meninggalkan rumah bersama-sama anak, menyerlahkan kekecewaan teramat sangat dengan sikap Raj Kapoor.

Menurut Rishi, dia ingat keluar rumah bersama emaknya tinggal di Natraj Hotel di Marine Drive, Mumbai, apabila bapanya mempunyai hubungan dengan kekasihnya dalam ‘Sangam’. Selepas itu mereka berpindah tinggal selama dua bulan di sebuah apartment di Chitrakoot.

Bintang ‘Bobby’ itu memberitahu, kali ini emaknya nekad meninggalkan rumah kerana sebelum itu Raj Kapoor juga pernah terjebak cinta dengan aktres Nargis. Ketika itu isterinya masih boleh bertahan. 

Tetapi apabila sekali lagi Raj Kapoor buat perangai, Krishna nekad meninggalkan rumah.


Rumah tangga Raj Kapoor dan Krishna Kapoor bergoncang gara-gara Vyjayanthimala. 


Sebenarnya apartmen di Chitrakoot itu dibeli oleh Raj Kapoor untuk isteri dan anak-anaknya bertujuan mengambil hati mereka. Tetapi Krishna tetap enggan pulang ke  rumah sehinggalah Raj Kapoor memutuskan hubungan dengan Vyjayanthimala.

Namun aktres tersebut menafikan yang dia ada hubungan dengan Raj Kapoor. Dia mendakwa ia adalah cerita yang sengaja direka oleh Raj untuk tujuan publisiti dan mengangkat naik namanya. 

Bagi Rishi, penafian Vyjayanthimala ini adalah satu pembohongan dan bapanya sudah tidak ada untuk mempertahan kebenaran.


Vyjatanthimala kini berusia 91 tahun.


Menurut Rishi, jika bapanya masih ada, tidak mungkin Vyjayanthimala berani menafikan begitu sahaja hubungan cinta mereka. Tidak mungkin aktres itu berani mendakwa kisah tersebut hanya rekaan Raj Kapoor kerana dahagakan publisiti.

Sebelum berlakon bersama dalam ‘Sangam’ yang diarahkan oleh Raj Kapoor sendiri, dia dan Vyjayanthimala pernah berlakon bersama dalam filem ‘Nazrana’. Namun gandingan mereka bersama Rajendra Kumar dalam ‘Sangam’ mencapai kejayaan gemilang.

Raj Kapoor meninggal dunia pada Jun 1988 sementara Rajendra Kumar meninggal pada Julai 1999. Krishna Raj Kapoor meninggal pada Oktober 2018. Rishi Kapoor pula meninggal pada April 2020.  Vyjayanthimala kini berusia berusia 91 tahun. - KitaReporters

 

 

 

 

 

5
8
0
14
0

Copy Link: