TERENGGANU Bike Week (TBW) 2024 menarik lebih 15,000 pengunjung, bukan sahaja penduduk tempatan malah dari luar negara terutama peminat motosikal berkuasa tinggi yang menyaksikan pelbagai acara menarik diadakan sempena program tersebut.

Program anjuran East Coast Motorcycle (ECMC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu berlangsung di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu sejak 26 hingga 30 Jun 2024.

Program edisi ke-11 itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris

Penganjur East Coast Motorcycle (ECMC) dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menyediakan pelbagai program, antaranya yang menarik adalah pertandingan pakaian beragam kanak-kanak dan pertunjukan 'stunt motor'.

Seramai 3,000 pemilik motosikal berkuasa tinggi daripada 106 kelab motosikal pelbagai negara telah menyertai TBW 2024 itu.

Program tersebut turut disertai peserta dari Brunei, Thailand, Indonesia, Singapura dan peserta tempatan termasuk dari Sabah dan Sarawak.




Razali berkata, acara berkenaan membantu usaha kerajaan negeri menarik kedatangan pengunjung ke Terengganu selain memberi limpahan penjanaan pendapatan kepada penggiat industri pelancongan.

Menurutnya, acara TBW 2024 merupakan anjuran East Coast Motorcycle (ECMC) dengan kerjasama kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.

"Ia merupakan penganjuran kali ke-11 dan merupakan salah satu acara 'signature' dalam Kalendar Acara Tahunan (COE) Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu 2024,” katanya.

"Peserta yang telah menyertai acara ini sejak 10 tahun lalu terdiri daripada pelbagai negara antaranya Singapura, Thailand dan Indonesia serta melibatkan kelab motosikal berkuasa tinggi dari seluruh Malaysia.

"Usaha ini mampu memberi limpahan penjanaan pendapatan kepada pengusaha penginapan termasuk hotel, inap desa serta pengusaha gerai makanan selain membantu usaha kerajaan negeri mencapai sasaran sebanyak 3.5 juta kedatangan pelancong ke Terengganu," katanya.




Razali berkata, sempena program itu pelbagai acara sampingan diadakan antaranya reruai jualan dan pameran, program sembang santai dan cabutan bertuah sepanjang acara itu berlangsung.

"Peserta juga berpeluang menerima cabutan bertuah menarik termasuk mendapat tiga buah motosikal berjenama serta pelbagai barangan permotoran.

Selain itu, satu sesi lawatan konvoi peserta TBW turut diadakan di lokasi pelancongan menarik di sekitar Kuala Terengganu seperti Pasar Payang, Taman Tamadun Islam, Muzium, Kampung Budaya Terengganu, Jambatan Angkat dan sebagainya, jelasnya.

“Bukan hanya ada gerai jualan malah boleh mengikuti pelbagai aktiviti kebudayaan dan belajar budaya Terengganu,” kata Razali lagi.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berharap program seumpama ini dapat diteruskan berikutan banyak manfaat diperolehi, antaranya boleh berkenalan dan merapatkan hubungan ukhuwah antara 'bikers' pelbagai negeri dan negara. - KitaReporters



15
12
0
5
0

Copy Link: