Video| Perkahwinan bombastik, mas kahwin fantastik! Mahar RM1.65j termasuk geran rumah, kereta mewah!
Published bySatu perkahwinan bombastik berlangsung di Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini dengan mas kahwin fantastik berjumlah Rp5.5 milyar (kira-kira RM1.65 juta) menarik perhatian ramai.
Mahar tidak diberi dalam bentuk tunai, sebaliknya antara lain berbentuk geran rumah bernilai Rp1.5 milyar (kira-kira RM450 ribu), dua buah kereta mewah jenama , Honda HR-V dan Toyota Camry serta dua kereta lain. Keempat-empat kereta itu dipamer di luar dewan resepsi.
Pemberian dua kereta mewah itu dibuat secara simbolik dengan membuat serahan mock-up kunci kereta.
Perkahwinan ini mengikut adat Sunda. Majlis Akad nikah berlangsung di Masjid Jami al-Muttaqin Setukpa Polri, Kota Sukabumi.
Majlis berkenaan turut menerima karangan bunga ucapan daripada sejumlah tokoh terkenal Indonesia termasuk Presiden Indonesia Joko Widodo dan Timbalan Presiden Ma’ruf Amin. Turut memberi karangan bunga ialah Menteri Pertahanan dan bakal Presiden, Prabowo Subianto.
Ramai yang ingin tahu siapakah pengantin lelaki iaitu Radja Panutan.
Radja adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengarah Multi Agroindustri Company dan lulusan Institut Pertanian Bogor. Sementara bapanya, Usman Effendi adalah pegawai kanan Naib Presiden, Ma’ruf Amin dalam bidang Ekonomi.
Sementara si isteri, Adinda Galuh adalah pramugari sebuah syarikat penerbangan tempatan. Dia adalah Ratu Sukabumi (2019) dan Ratu Jawa Barat (2021).
Dia adalah lulusan Universiti Pendidikan Indonesia (UPI) Bandung, Program Pengajian Bahasa dan Sastera Inggeris.