Dulu berhijab, kini tidak! Hannah Delisha enggan beri komen! Sedar bukan mudah untuk terus istiqamah!

Published by
KitaReporters

Penghijrahan seleberiti untuk bertudung atau sebaliknya bukanlah sesuatu yang baharu dalam dunia seni di Malaysia. 

Ia sudah menjadi satu trend dan perkembangan positif buat artis yang ingin bertudung namun ia bukan sesuatu yang mudah. 

Bagi pelakon dan juga penyanyi, Hannah Delisha sendiri mengakui ia memerlukan kekuatan untuk kekal istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. 

Beliau yang sudah berhijab kadangkala teruji juga untuk tidak bertudung pada masa-masa tertentu.  

Disebabkan itu, dirinya memilih untuk tidak memberi komen kepada mereka yang bertudung pada asalnya dan kembali tidak memakai hijab.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Hannah Delisha


Pelakon berusia 26 tahun ini mengakui iman seseorang tidak sama termasuk dirinya yang ada naik turun kerana semua adalah manusia biasa. 

Sesetengah orang mudah mengungkap perkataan istiqamah tetapi bagi mereka yang melaluinya itu sendiri menyedari betapa berat ujiannya. 

Disebabkan itu, jika melihat ada orang kembali tidak bertudung, janganlah terus menghentam mereka sebaliknya mendoakanlah kebaikan untuk mereka. 

Mungkin doa yang baik akan membuatkan seseorang itu kembali untuk bertudung berbanding jika terus memberi kata keji kerana ia akan membuatkan golongan ini semakin jauh daripada hendak berubah. - KitaReporters


10
10
0
10
0

Copy Link: