Video| Demi minat racing, Reen Rahim pilih lumba kereta! Tangguh timang zuriat! Usia kian bertambah!
Published byPELAKON Reen Rahim berkahwin agak lewat iaitu 34 tahun dan dalam usia itu perlu memikir untuk segera memiliki zuriat kerana semakin tinggi usia bertambah sukar untuk memiliki cahaya mata.
Namun hasrat untuk mengandung terpaksa ditangguh beberapa ketikabagi mencapai impiannya untuk menyertai pelumbaan kereta.Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Reen Rahim
Dia mendapat berita gembira bahawa dia diterima menyertai pertandingan itu tiga hari sebelum berkahwin.
Baginya peluang untuk menyertai perlumbaan itu hanya datang sekali dan tidak harus dilepaskan.
“Dari dulu memang saya suka tengok kawan-kawan yang terpilih menyertai Toyota Gazoo.
“Nampak gempak sebab bukan senang untuk dapat berlumba di sini. Lumba betul-betul bukan main-main sampai terdetik dalam hati seronok kalau dapat sertai,” katanya.
“Saya berdoa dalam hati kerana runsing sama ada tawaran ini adalah ujian atau rezeki dan ikutkan sahaja aturan Allah.
“Selang dua atau tiga hari, pihak mereka menghubungi saya untuk mengesahkan sama ada saya benar-benar mahu tolak tawaran.
Selain suami, Reen turut meminta pandangan daripada ibunya berhubung penyertaan dalam acara terbabit.
“Suami pun runsing untuk membuat keputusan walaupun sering menyokong apa yang saya lakukan. Saya juga minta pandangan umi (ibu).
Setelah membuat pertimbangan, pelakon jelita ini nekad meneruskan minat dan menyahut tawaran sekali seumur hidupnya itu.“Saya yakin ini rezeki yang Allah susun dan alhamdulillah tidak sangka dapat tawaran sebegini,” ujarnya yang kini secara rasmi bergelar TGR Family secara rasmi untuk musim keenam Toyota Gazoo Racing.