Penyanyi Aina Abdul, 29, mendapat pengalaman tidak dapat dilupa apabila terjatuh ketika turun tangga pentas semasa mengadakan persembahan pada Jumaat, 5 Ogos 2022 malam lalu.

Mujur dia sempat diselamatkan oleh dua penari lelaki daripada terus tersungkur

Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani, menulis pengalaman itu dalam laman Instagramnya. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Aina Abdul

Aina cepat dibantu oleh dua penari selepas tergelincir di atas pentas semasa menuruni tangga.



Bagi Aina dia tidak menganggap perkara itu memalukan, sebaliknya dianggap lucu. Dia bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dia yang memakai kasut tumit tinggi tergelincir ketika berada di anak tangga ke lapan.

Aina berterima kasih kepada dua penari itu yang membantu, jika tidak dia mungkin sudah tersungkur serta mengalami kecederaan.

"Alhamdulillah persembahan berjalan lancar di hari pertama Magic of the Night, Sungai Melaka," tulisnya lagi.




Walaupun terjatuh di atas pentas, itu bukan satu yang boleh dibanggakan tetapi ia buat Aina tergelak.

"Perkara itu kelakar apabila diingatkan semula tetapi saya ketawa bukan kerana malu," kata Aina dalam IGnya.

Aina mengadakan persembahan dalam program Magic of The Night, Dataran Sungai Melaka.

Program ‘Magic of The Night 2022’ dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dengan kerjasama kerajaan negeri Melaka berlangsung pada 5 hingga 7 Ogos di Bandar Hilir, Melaka dengan membaris sejumlah artis.

Aina tetap meneruskan persembahan pada malam kedua iaitu pada Sabtu 6 Ogos 2022. - KitaReporters


14
12
0
5
0

Copy Link: