Alahai sayangnya! Perodua Alza baharu terlibat kemalangan! Pertama selepas 2 minggu dilancarkan?
Published byKredit foto-foto: DreamCar Channel
Meskipun baru dua minggu dilancar, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang baru dilihat bergerak di jalan raya terlibat kemalangan dengan beberapa buah kenderaan tular dalam media sosial sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi beberapa gambar yang dikongsi dalam media sosial, sebuah Alza baharu terlibat kemalangan dengan dua buah lagi kenderaan, Hyundai Tuscon dan Perodua Kancil.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kemalangan jalan raya
Menurut perkongsian sebuah halaman yang memuat naik beberapa gambar kejadian tersebut dalam akaun Facebooknya, DreamCar Channel, beliau membangkitkan persoalan sehingga menarik perhatian orang ramai kelihatan sebuah kenderaan Alza baharu terlibat dalam kemalangan pertama sejak baru dilancar sehingga hancur di bahagian hadapan dan tersadai di tengah jalan.
“Adakah ini kes kemalangan pertama melibatkan kenderaan jenis Alza yang baharu?” soalnya dalam hantaran tersebut semalam (2 Ogos 2022).
Rata-rata pengguna laman Facebook menzahirkan rasa simpati kepada pengguna Alza terbabit meskipun kereta baru saja dapat tetapi sudah terlibat dalam kemalangan disebabkan kecuaian pemandu lain.
Menurut seorang pengguna bernama Atiqah Sidek, beliau melahirkan simpati kepada pemilik Alza yang baharu ingin menikmati keseronokan memandu dengan kereta baharu yang berakhir dengan kemalangan.
“Kena naya dan kesian pemilik Alza baharu yang terawal mesti seronok tetapi sudah ditimpa kemalangan,” jelasnya.
Pengguna lain dengan nama Zulkarnain Zawawi berkata, dia amat geram melihat kecuaian pemandu di atas jalan raya sehingga menyebabkan pemandu lain menjadi mangsa kemalangan.
“Orang lain punya angkara orang lain menjadi mangsa,” katanya.
Sementara itu, seorang pengguna lagi, Ija Eda melahirkan rasa kesyukuran pemilik tersebut terselamat daripada kemalangan serta memuji tahap keselamatan kenderaan berkenaan.
“Yang penting pemilik selamat, kelihatan Alza dapat menyerap pelanggaran dengan baik,” tulisnya. - KitaReporters
Kredit foto-foto: DreamCar Channel