/
Zai Izzati bakal menimang anak keempat pada hari ulang tahun perkahwinan keenam.

Awal Februari 2023, penyanyi tersohor, Datuk Jamal Abdillah, 63, meminta para peminatnya memberi nama untuk anak perempuannya yang bakal lahir.
Dan setelah menerima sekitar 100 nama, Raja Pop Malaysia ini mula pening hendak memilih nama yang sesuai.

Mengapa pening sangat nak pilih nama anak kerana ada kaedah yang lebih baik.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi legenda Jamal Abdillah

Jamal dan Zai Izzati bersama tiga anak mereka


Untuk anak perempuannya, Jamal memilih nama Nur Azura Yamani yang kini sudah berusia 3 tahun.

Nama itu diambil dari filem ‘Azura’ terbitan Sabah Film pada tahun 1982. Ia merupakan filem pertama Jamal berlakon sebagai hero berpasangan dengan Fauziah Ahmad Daud. Dan filem ‘Azura’ menjadi fenomena.

Memang sesuai Jamal memberi nama Nur Azura Yamani untuk anak perempuan pertamanya.

Jika nama anak perempuan pertama dipetik daripada judul dan pelakon utama filem, bagi nama anak perempuan kedua dicadangkan memilih nama daripada lagu yang pernah dihasilkan. 

Setelah meninjau senarai nama lagu dalam 17 album studio Jamal Abdillah terdapat tiga nama wanita digunakan iaitu Juliana (dalam album pertama ‘Perpisahan Tanpa Relamu’ pada 1990), Aida (dalam album kelima, ‘Sendiri’) dan Siti Nurbayan (dari album ke-13-nya ‘Samrah’ pada 1998.


Daripada tiga lagu memakai nama wanita, Siti Nurbayan dilihat nama yang sesuai dipilih untuk nama anak perempuan Jamal.

Ini kerana ia merupakan nama berunsur Melayu klasik. Walaupun masih ramai yang menggunakan nama Siti dan Nur, namun tidak ramai mengguna nama Nurbayan.

Jika mengikut bahasa Melayu lama dan Arab Nurbayan bermaksud ‘Cahaya Kecerahan’. Di Indonesia nama Nurbayan turut diberi kepada anak lelaki. Dan yang menarik, nama Nurbayan agak unik di negara kita, jadi ia sesuai dijadikan nama anak kesayangan.

Lagu Siti Nurbayan berentak zapin ini  dicipta melodi dan liriknya oleh Syed Indera Syed Omar, lebih dikenali sebagai Siso iaitu anggota kumpulan Kopratasa.

Lagu ini mula dipasar Warner Music (WEA) pada 4 Oktober 1998.



Jamal mempunyai masa sebulan lebih untuk memantapkan nama bagi anak perempuannya itu untuk mengesahkan nama yang dipilih.

Dalam usia sudah 64 tahun dan masih mampu zahir dan batin, namun penyanyi popular ini yang nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali, nekad menjadikan anak ketujuhnya sebagai anak terakhirnya.

Jamal juga berharap perkahwinan keempatnya bersama Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, sebagai perkahwinan terakhirnya.

Untuk itu dia menetapkan anaknya lahir pada 1 April 2023 melalui cara pembedahan. Ia adalah sempena ulang tahun ke-7 pekahwinan dengan Zai iaitu pada 1 April 2017. 

Jamal bersama anak-anak Zaki Yamani (kiri) dan Osama Yamani

Jamal telah melalui empat perkahwinan. Perkahwinan pertama dengan Basariah Abdul Latif (1988-1996) tanpa punyai anak.

Dengan Noraina Mohd Yusof (2001) punyai seorang anak, Osama Yamani, 21. Namun perkahwinan itu tidak lama. Bersama Fatimatuzahra Abdul Samad (2005-2007) mempunyai anak,  Zaki Yamani, 17.

Perkahwinan terakhir dengan Datin Zai Izzati Khiruddin membuahkan tiga cahaya mata Nur Azura Yamani, 3, El Issac Yamani (Zack), 2, dan Iskandar Rayyan Yamani yang lahir pada 22 Februari 2023.

Dalam usia yang semakin meningkat Jamal berharap dapat memberi pendidikan sempurna hingga ke peringkat tinggi untuk anak-anaknya. - KitaReporters

18
9
0
7
0

Copy Link: