Video| Abang iparku si pelatah! Lelaki terkejut diusik tercampak telefon! Pak Long pun dihempapnya!

Published by
KitaReporters


PASTI ada orang sekeliling kita yang suka melatah apabila dicuit atau terkejut dan sekiranya mereka diusik tentunya akan keluarkan ‘penyakit’ tersebut tidak kira di mana jua. Tindak balas di luar kawalan!

Menerusi perkongsian dalam TikTok oleh @azzuamahsuri86, tular gelagat seorang lelaki terkejut dan melatah sehingga tercampak telefon bimbit dipegangnya selain turut ‘menghempap’ seorang individu dipanggil ‘Pak Long’.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tabiat melatah


Terdahulu, lelaki berkenaan sedang duduk berbual bersama ahli keluarga sebelum dikejutkan seorang individu memakai topeng haiwan yang datang dari arah belakang.

Abang ipar pelatah, kesian Pak Long kena hempap,” tulisnya.



Satu lagi video melatah lelaki berkenaan pernah dimuat naik @azzuamahsuri86 pada 17 November 2022 memaparkan abang iparnya keluar dari bilik air dan gara-gara terkejut sehingga habis diselak kain dipakainya.  Hiburan keluarga!


 

 


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bukan sahaja ketawa geli hati melihat reaksi melatah lelaki berkenaan yang dua kali dilihat terkejut tetapi juga aksi Pak Long yang turut terangkat kaki dan tangan. 

Untuk info, melatah adalah perbuatan berlaku kerana tindak balas diterima tanpa kerelaan hati dan seseorang yang melatah akan berikan respon terkejut sambil keluarkan perkataan, gerak tubuh atau suara  spontan. 

Tindak balas itu digelar ‘startle response’ iaitu sejenis tindak balas yang dikawal oleh batang otak (brainstem). Melatah,  ‘sindrom’ yang tiada penawar! -KitaReporters


15
14
0
20
0

Copy Link: