Berpakaian pengantin timbul sangsi adakah Amelina berkahwin baru? - Kredit foto: Instagram Che Kem


Amelina masih menawan walaupun memegang gelaran 'janda anak enam'. - Kredit foto: IG amelina

AMELINA, penyanyi yang pernah menerima jolokan gelaran ‘Ratu Dangdut Malaysia’ menggemparkan peminat hiburan apabila dikatakan berkahwin baharu dalam usianya 47 tahun dan mempunyai enam anak. 

Pengguna TikTok @hakaksado007, seorang jurumekap memuatkan video Amelina berpakaian pengantin dan duduk dengan seorang lelaki lengkap berpakaian baju Melayu.

Laman TikTok itu menerima sejumlah komen dengan kebanyakannya mengucap tahniah kepada Amelina yang lebih mesra dipanggil Kak Long.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Amelina


Ada yang mengatakan sekarang ini adalah musim artis berusia mencari orang muda sebagai pasangan hidup selepas pelakon Jasmin Hamid berkahwin lagi.
Kecoh dengan video itu, Amelina yang dihubungi media menafikan dia berkahwin lagi. Sebaiknya ia hanya untuk penggambaran sebuah drama berjudul, ‘Akad Ibu Sejadah Rindu’

Amelina hairan bagaimana penggambaran drama itu tular. 




Bercakap mengenai jodoh, Amelina masih mempunyai keinginan untuk berkahwin lagi. Namun setakat ini belum menemui calon yang sesuai walaupun pernah mendekati beberapa artis.

Kalau berkahwin lagi, dia akan melakukan secara meriah, kata Amelina.


Amelina berkahwin dengan Reduan Mahmood pada 1999 hingga 2016 dan mempunyai enam anak kini berusia 20 ke 12 tahun. Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin berjaya menjadi bintang dangdut tanah air selama 5 tahun iaitu dari 1994-1999 di bawah syarikat rakaman Warner Music (WEA) di bawah bimbingan Allahyarham Ruslan Mamat. Ketika di bawah WEA, Amelina  merakam tiga album iaitu ‘Amelina’ (1994), ‘Asyik’ (1995) dan “Cinta Oh Cinta” (1997).

Dalam tempoh itu Amelina menjadi antara penyanyi paling laris di pentas dan kembali mempopularkan muzik dangdut di Malaysia. - KitaReporters

12
13
1
19
0

Copy Link: