Peluang Niaga! 2k Affliate SNP jual album ManifestaSITI2020
Published byPADA 11 Julai 2020, album ke-18, penyanyi tersohor, Dato Seri Siti Nurhaliza ‘ManifestaSITI2020’ dilaporkan habis dijual sebanyak 4,000 unit melalui fasa keluaran ketiga selepas pelancarannya pada 3 Julai 2020 lalu. Ini baharu jumlah penjualan dalam tempoh seminggu, bagaimana pula agaknya angka jualan bagi keluaran keempat yang bakal juga menyaksikan seramai 2,000 Affliate SNP (Siti Nurhaliza Productions) turut diberikan peluang melakukan jualan pada bulan ini? : KitaReporters
"Lekas! Nanti #ManifestaSITI2020 habis. Jom Kejar!" kata Siti Nurhaliza melalui Instagramnya @ctdk.
Sudah pasti angkanya akan bertambah berlipat kali ganda. ya tak??
Apatah lagi dilihat promosi album ini ligat dilaksanakan oleh Tok Ti sendiri di mana terbaharu, Siti muncul melayani peminatnya melalui ‘Virtual Showcase Manifestival Siti Nurhaliza x HotKool' bersama barisan deejay HotFM/KoolFM iaitu Fizie, Shuk dan Shuib.
“Petang tadi saya menghiburkan 100 pemenang bertuah ManifestaSITI2020 menerusi aplikasi zoom.
"Satu pengalaman baharu bagi saya dan ini benar-benar awesome,” tulis Siti melalui Instagramnya yang dicatatkan tiga hari lalu.
Siti Nurhaliza melayan pertanyaan peminatnya secara virtual melalui aplikasi zoom.Sesungguhnya, mewujudkan Affiliate SNP di bawah 'SNP On Pay' adalah satu medium yang bijak di mana melalui jualan dalam talian, sistem ini membolehkan SNP mengirim pesanan CD ke Indonesia, Singapura dan Brunei dengan baik dan lancar.
"Affiliate ini tidak kisah duduk di mana. Sebab kerja mereka hanya berkongsi pautan dan mendapatkan jualan,” ujar SIti Nurhaliza, yang mewujudkan sistem affiliate sedemikian dengan niat membantu 2,000 orang affiliate yang sebahagian besarnya adalah ahli dari kelab Sitizoner (SZ).
Selain itu, penjualan album fizikal ‘ManifestaSITI2020’ turut dilihat berada di kedai buku Popular/Harris di mana terkini ada harga jualan istimewa ditawarkan iaitu RM39.90 daripada harga asal RM46.90 melalui pembelian dalam talian di www.popularonline.com.my.
Jadi yang belum beli tu apa tunggu lagi, sebanyak 15%. diskaun diberikan tau. Banyak juga tu dapat jimat?
Agak-agaknya berapakah sasaran jualan yang ingin dicapai Tok Ti melalui album yang memuatkan 11 buah lagu yang mengandungi 6 lagu baharu termasuk lagu nyanyian asal Datuk Sudirman Arshad berjudul “Teratai Menjelma’ yang diberikan nafas baharu, serta lima lagu yang telah dilancarkan sebagai singlenya sebelum ini.?
(Baca artikel berkaitan dalam link ini: Air mata berlinang! Kelahiran satu lagi anak Siti Nurhaliza!)
Khabarnya, pelantun lagu ‘Anta Permana’ ini tidak meletakkan sebarang angka sasaran untuk penjualan album ‘ManifestaSITI2020’.
“Tidak kisah dari segi jumlah. Kami hanya menjual sebanyak mungkin sepanjang waktu jualan.
"Terima kasih atas dukungan anda terhadap album ini. Saya dan seluruh pasukan sangat menghargainya,” lapor Tok Ti.
Terbaharu, dalam laman Instagramnya @ctdk, Siti memuat naik video berdurasi 52 saat bagi peminatnya mengetahui bagaimana proses album ‘ManifestaSITI2020’ dijalankan. Jom tonton!! - KitaReporters