ANAK bintang tersohor  Bollywood Shah Rukh Khan (SRK), Suhana Khan, 20, membuat pengikut laman Instagramnya terkedu dan terkejut. Ini kerana anak kedua SRK itu memuat naik wajahnya yang sedang menangis. Kenapa dia menangis? Adakah ia ekoran berlaku pergeseran dalam rumah tangga ibu bapanya yang membuat dia bersedih? : KitaReporters


Wajah sedih Suhana dan menitiskan air mata menimbulkan seribu satu persoalan dalam kalangan netizen mengenai rumah tangga ibu bapanya.


Lagi cerita-cerita berkaitan Shah Rukh Khan:

https://kitareporters.com/search?search=shah+rukh+khan


Perkahwinan SRK, 55, dengan Gauri Khan, 49,  selama 29 tahun (sejak 1991) selama ini tidak terdengar akan gosip liar, walaupun perkahwinan mereka berbeza agama dan SRK senantiasa dikelilingi wanita jelita ketika berlakon.

Namun kedua-duanya mampu menjalankan kehidupan harmoni dan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Aryan, Suhana dan Abraham Khan.

Suhana merenung jauh seolah memandang hubungan ibu bapanya yang kelam?? - Kredit foto: IG suhanakhan2


Tindakan Suhana memuat naik wajahnya yang sedang bersedih dalam Instagramnya @suhanakhan2 mengundang peminat SRK membuat spekulasi bahawa rumah tangga pelakon tersebut kini bermasalah dan ia mengundang kesedihan terhadap anaknya.

Pelbagai komen dan telahan dibuat oleh para pengikut media sosial Suhana selepas penyiaran gambar bersedih itu. Umumnya, jelas ramai yang bimbangkan keutuhan rumah tangga ibu bapanya.

Suhana yang menuntut ilmu perfileman di New York University, Amerika Syarikat pulang ke Madras, India sebelum larangan keluar masuk di India dikuatkuasakan.

Wajah sedih Suhana bimbangkan para netizen.


Ketika sekatan perjalanan dikuatkuasakan di India, Suhana hanya berkurung di kediaman mewah keluarganya di Mumbai.

Ketika berbulan-bulan terperap di kediaman mewah ayah dan ibunya, Suhana Khan melakukan  beberapa projek kreatif. Bukan hanya berkaitan perfileman, dia juga menjalani sesi fotografi dengan bantuan ibunya, Gauri yang juga seorang usahawan berjaya.

Dan rupa-rupanya sesi fotografi wajah dan diri Suhana menjadi tular hingga menimbulkan pelbagai cerita dan telahan berkenaan keluarga SRK.

Aksi Suhana hanya sekadar mengabadikan foto-foto dalam IGnya, Suhanakhan2

Dalam salah satu gambar yang dipotret kelihatan Suhana berwajah sedih dan mengalirkan air mata. Selama ini, Suhana Khan tidak pernah terlihat menangis. Jadi apabila dia memuat naik gambar berkenaan menimbulkan kegemparan para netizen.

Namun peminat SRK lega apabila mengetahui gambar Suhana menangis tidak ada kaitan dengan rumah tangga bersama Gauri yang sudah berjalan rukun selama 29 tahun. - KitaReporters

Keluarga bahagia, SRK bersama Gauri dan anak-anak. - Kredit foto: theasianfamily.com

1
4
1
1
0

Copy Link: