Berita Terkini| Kelantan masih PKP tapi kenderaan masuk meningkat! Naik 5 peratus sejak 7 Mei!
Published byGambar hiasan... Kenderaan masuk ke Kelantan meningkat lima peratus sejak 7 Mei 2021 berbanding hari biasa. - Kredit foto: Utusan Malaysia
Jumlah
kemasukan kenderaan ke Kelantan menunjukkan peningkatan sebanyak lima peratus berbanding hari biasa
sejak 7 Mei 2021 meskipun larangan
rentas negeri masih lagi dikuatkuasakan kerajaan kini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata maklumat tersebut diperoleh hasil pemeriksaan menerusi sekatan jalan raya (SJR) di pintu-pintu masuk utama negeri iaitu di Gua Musang, Pasir Puteh dan Jeli.
“Melalui pemeriksaan di SJR dijalankan, didapati jumlah kemasukan kenderaan bertambah ke Kelantan. Bagi pastikan tiada pihak cuba ambil kesempatan merentas negeri atau daerah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Polis Kelantan telah wujudkan pasukan pemantauan khas.
“Sebanyak 75 buah kenderaan telah diarah berpatah balik selepas cuba memasuki negeri ini kerana gagal kemukakan dokumen perjalanan serta alasan diberikan tidak munasabah,” katanya dipetik oleh Sinar Harian, 8 Mei 2021.
Tambah
beliau, lima SJR turut ditambah di Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas terutama
menjelang sambutan Aidilfitri selain menambah bilangan pegawai serta anggota
memantau tahap pematuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) di tempat
awam seperti pusat beli belah. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter