SEWAKTU Neelofa Mohd. Noor, 31, mengambil keputusan untuk berniqab atau berpurdah, ramai yang mengagak beliau akan berkahwin dalam waktu terdekat ini.  Hah! Hari ini (1 November 2020) kecoh dalam media sosial dan laman berita yang mengatakan Neelofa telah melangsungkan pertunangan dengan Haris Ismail atau PU Riz, 25, yang sering digosipkan dengannya sebelum ini. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan Neelofa:

https://kitareporters.com/search?search=neelofa


Khabarnya, sudah tiga tahun Neelofa dan Riz berkenalan dan sering melakukan program dakwah bersama-sama. 

Bukan apa, peminat Neelofa cukup teruja jika benar pengacara itu telah mengikat tali pertunangan dengan pendakwah bebas itu. 

Tambahan pula, Neelofa sendiri sempat berkongsi kata-kata, seolah-olah beliau berada dalam satu majlis yang penting menerusi Instagram (IG) storynya hari ini (1 November 2020).

Antara kata-kata Neelofa, beliau memohon agar hari ini diberkati dan segala perancangan dipermudahkan. Malah melalui IG, lofa.redland turut diungkapkan kata-kata yang membuatkan orang berteka-teki.

Malah kapsyen pada gambar yang turut disertai Riz di IG lofa.redland turut membuat netizen membuat kesimpulan bahawa mereka telah bertunang.





Kapsyen yang tercatat pada foto ini membuatkan netizen berteka-teki bahawa Neelofa telah bertunang dengan Riz.

"Alhamdulillah, selesai majlis, tapi majlis apa kita tunggu pengumuman dari empunya diri. Harap-harap majlis tunang la (dengan emoji cincin) ya. Apa-apa pun truly happy for you. Hastag #majlistunangke dan #nhtiljannah."

Mengukuhkan lagi tanggapan bahawa Neelofa dan Riz sudah mengikat tali pertunangan apabila netizen merujuk pula kepada IG mama Neelofa.

Menerusi IG-nya, Noor Kartini Noor Mohamed hari ini (1 November 2020), melahirkan rasa syukur kerana anak kesayangannya itu telah dipertemukan dengan lelaki istimewa.

Menerusi Instagramnya, Noor Kartini berkongsi kegembiraan itu dan berharap pasangan Neelofa dapat membahagiakan anaknya itu.



Noor Kartini gembira apabila anak kesayangan telah temui insan yang istimewa.


“Bismillahhirohmanirohim. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Syukurku pada-Mu Ya Rabb. Saat yang kutunggu-tunggu dah pun tiba, Kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.

“Aku yakin dengan ketentuanMu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya, yang akan menyokong setiap apa saja urusannya.

"Ya Allah, jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu di syurga-Mu nanti … amiinn @neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much❤️."


Ramai yang gembira jika Neelofa dan Riz bertunang.


Setakat ini, yang empunya diri, baik Neelofa atau Riz belum memberi kenyataan tentang berita tular yang mengatakan mereka adalah tunangan.

Sebelum berita trending hari ini (1 Nomber 2020), Neelofa pernah menafi yang beliau bercinta dengan Riz. Kisah mereka mula menjadi perhatian ramai apabila pasangan tersebut dilihat berpakaian sedondon pada majlis perkahwinan adik Neelofa baru-baru ini. - KitaReporters


7
1
0
0
0

Copy Link: