Hero Besut ikut kelas memandu! Terima kunjungan Idris Jusoh!
Published byPemuda Orang Kelainan Upaya (OKU), Mohamad Najmi Daud, 31, dari Kuala Besut, Terengganu yang mempunyai kelebihan tersendiri dengan kemahiran menyelam dan membantu menyelamat mangsa lemas di dalam air terus mendapat perhatian daripada pihak yang menghargai kebolehannya. : KitaReporters
Mohd Hashiri Karim (kiri) ketika membawa Mohd Najmi Daud aka Awie mendaftar belajar di Institut Memandu Pakatan Besut/Setiu, Terengganu
Lagi kisah-kisah berkaitan Mohd Najmi Daud:
https://kitareporters.com/search?search=Najmi+Daud
Mohamad Najmi atau lebih terkenal dengan panggilan “Awie” dalam kalangan penduduk setempat juga diberi gelaran sebagai Hero Kuala Besut oleh penduduk setempat kerana banyak membantu mangsa lemas di daerah Besut.
Meskipun dia ditakdirkan Allah sebagai OKU, namun kemahiran menyelam dalam air amat dikagumi sehingga pihak keselamatan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut meminta khidmat beliau untuk mengesan mangsa lemas jika ada kes sama ada di laut atau sungai.
Sikap
berani dan prihatin Awie yang sanggup terjun ke sungai untuk
berusaha menyelamatkan mangsa yang terjatuh ketika menjala ikan
di Kompleks Perikanan Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besut, Terengganu, pada 9
Oktober 2020 mendapat sanjungan
orang ramai
Mohamad Najmi dari Kampung Timor, Kuala Besut walaupun tidak sempurna seperti orang lain tetapi sanggup bertarung nyawa untuk menyelamatkan insan lain yang menimpa musibah.
Awie (depan) menunjukkan tanda bagus ketika mula mengikuti kelas memandu di Institut Memandu Pakatan Besut/Setiu
Kejadian berlaku ketika seorang buruh dipercayai terjatuh ketika menjala ikan. Awie terjun untuk menyelamatkan mangsa.
Bagaimanapun usaha Awie tidak
kesampaian apabila mangsa, Azman
Che Mat, 45, dari Kampung Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan hilang sejurus
terjatuh ke dalam sungai.
Sejak kejayaan tersebut, nasib
Awie terus bersinar dan mendapat pelbagai sumbangan dan penghargaan daripada pelbagai pihak sebagai tanda sokongan dan memberi semangat kepada beliau untuk
terus berkhidmat kepada masyarakat.
Terbaharu, Institut Memandu Pakatan Besut & Setiu, Terengganu menunaikan janjinya untuk memberi kemudahan mendapatkan lesen memandu percuma kepada Awie sebagai tanda penghargaan kepada pemuda tersebut.
Mohd Hashiri Karim
Pengajar Institut tersebut, Mohd Hashiri Karim berkata, pihaknya pernah berjanji untuk menawarkan Awie kelas belajar memandu secara percuma bagi mendapatkan lesen memandu bagi menghargai sumbangan dan jasa beliau membantu pihak keselamatan dalam kerja-kerja sukarela mencari mangsa lemas sama ada di sungai dan di laut.
Mohd Hashiri berkata, Awie mula diberi peluang dan masuk belajar di institut tersebut pada 21 November
2020 untuk sesi taklimat ko-kurikurikulum pendidikan pemandu (KPP) selama enam
jam.
Katanya, selepas ini Awie dikehendaki menduduki ujian undang-undang lisan di Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) Besut.
“Untuk mendapatkan lesen Awie terpaksa mengikuti proses biasa dan dijangka mengambil masa dua bulan,” katanya.
Pengerusi FELDA Datuk Seri Idris Jusoh turut menyampaikan sumbangan wang kepada Awie.
Beliau berkata, sebagai
tanda penghargaan kepada Awie pihaknya memberi peluang Awie mendapatkan lesen motosikal dan tidak mengenakan sebarang bentuk bayaran
sepanjang tempoh dia belajar di institut tersebut, malah bayaran lesen juga
akan ditanggung oleh institut sebaik sahaja dia lulus semua ujian.
Sebelum ini, Awie sudah mendapat sumbangan wang dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman; JBPM Besut; PDRM IPD Besut; dan pihak swasta.
Idris Jusoh (kanan) bersama ADUN Kuala Besut Tengku Zaihan (kiri) ketika berkunjung secara santai ke rumah keluarga Mohamad Najmi di Kuala Besut
Sementara itu, Ahli
Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Pengerusi FELDA yang
berkunjung secara santai ke rumah keluarga Awie pada 20 November 2020 dan turut
memberi sumbangan kepada Hero Kuala Besut itu. - KitaReporters