Mas Khan mengaku bersalah! Curi wang kripto! A Aida maafkan!
Published byMenurut laporan Bernama, Majistret Farah Nasihah Annuar menjatuhkan hukuman terhadap Mas Khan selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan kes kali ketiga.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan didakwa telah mencuri wallet yang merupakan mata wang kripto Bitcoin milik A. Aida, 49, tanpa izin bernilai RM59,804.15 dan RM154,000.85 di Taman Ukay Perdana, Ampang pada jam 5 pagi 7 Mac 2020 lalu.
Dia kemudiannya telah didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Media pada Mac 2020 melaporkan A. Aida bertegas tidak akan beurusan dengan Mas Khan dalam bidang lakonan selepas aktor ini menjadi suspek atas kehilangan wang pelaburannya Bitcoin miliknya.
Menurut A. Aida atau nama lengkapnya Zaidah Awang, dia tidak pandai dalam urusan perniagaan bitcoin dan menyerahkan kepada Mas Khan yang sudah dianggap adiknya untuk menguruskannya.
Namun Mas Khan telah menyalahgunakan wangnya lalu A. Aida membuat laporan polis.
Sementara itu A. Aida dalam kenyataan medianya pada Rabu 8 Julai 2020, berkata, dia tidak mempunyai dendam terhadap Mas Khan.
Dia juga berharap hukuman itu menjadi pengajaran kepadanya kerana pelakon ini mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan.
Mas Khan mula terlibat berlakon dalam drama ‘Roda-roda Kotaraya’ dan bintangnya mula menyinar apabila menjadi salah satu pelakon tetap drama kepolisian ‘Gerak Khas’ dengan memegang watak detektif Kamal hingga meninggalkan siri itu pada 2018.