Berita Terkini| Ratah anak sendiri! Rogol, seks luar tabii anak sulung sejak usia 7 tahun lagi!
Published byTertuduh (tengah) diiringi anggota polis selepas didakwa merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap anak kandungnya
SEORANG bapa kepada lima anak didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka atas pertuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap anak sulung perempuannya, yang berusia 18 tahun, pada bulan Mei 2021 lalu.
Tertuduh berusia 39 tahun itu bagaimanapun mengaku
tidak bersalah sebaik sahaja dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa secara
berasingan di hadapan Hakim Nariman Badruddin.
Mengikut pertuduhan pertama tertuduh didakwa dengan sengaja telah melakukan persetubuhan terhadap anak kandung perempuannya berusia 18 tahun dua bulan kira-kira pukul 1 pagi di sebuah rumah di Jasin pada 23 Mei 2021.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman
penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan dikenakan sebatan
mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377B
Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan
sebatan.
Memetik laporan Kosmo pada Jumaat, 25 Jun 2021, mangsa telah dijadikan hamba seks oleh tertuduh sejak dia berusia tujuh tahun, namun hanya tampil membuat laporan polis pada bulan Mei 2021 lalu.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikanoleh Timbalan Pendakwa
Raya, Mohd. Nabilalif Mohd. Rosli tidak menawarkan sebarang jaminan dengan
mengambil kira faktor keselamatan mangsa yang merupakan anak kandung tertuduh.
- KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
MANGSA telah dijadikan hamba seks oleh tertuduh sejak dia berusia tujuh tahun, namun hanya tampil membuat laporan polis pada Mei 2021. - Kredit foto: MelakaKini