PKRC MAEPS di Serdang, Selangor. - Kredit foto: Berita Harian


SETIAP pesakit yang didapati positif COVID-19, kebanyakkan mereka akan dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di Serdang, Selangor bagi memastikan keadaan pesakit ini dapat dipantau lebih rapi oleh para petugas kesihatan. 

Bagi memastikan keadaan pesakit tidak 'down', maka pelbagai aktiviti telah disediakan untuk memastikan pesakit ini terus ceria dan cergas. Bukan mudah nak bawa pesakit datang kuarintin di MAEPS apatah lagi ketika ini ada yang boleh kuarintin di rumah sahaja. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PKRC


Sebenarnya rugi siapa yang tak dikuarantin di MAEPS, sebab di sana memang terbaik dengan pelbagai aktiviti. Seorang pesakit di MAEPS mencuri tumpuan apabila bermain pingpong bersama rakan-rakan lain. Bermain itu biasa, tetapi yang luar biasa adalah usia pak cik ini tetap sporting bermain dengan anak muda. 




Power tak power!! Pak cik ini dengan bersahaja main-main pingpong dengan berkain pelikat siap berkopiah itu. Fuhh, standbylah untuk terima kekalahan daripada pak cik ini.... hehehehe.

Bukan biasa-biasa semangat pak cik ini. Perkara ini sebenarnya sangat baik kerana ia dapat membantu pesakit dapat pulih lebih cepat. Malah, dapat lihat mereka juga kelihatan gembira  berada di sana selain dapat menambah kenalan baru. 

Ini adalah usaha pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan mereka yang datang di pusat kuarantin tidak terlalu tertekan sehingga boleh jejaskan kesihatan mereka. 

Kita boleh lihat, pelbagai aktiviti diadakan seperti sediakan pelbagai permainan, bilik TV dan ada petugas akan ajak pesakit untuk bersenam seperti menari. 



Disebabkan itu, ada yang suka tinggal di pusat kuarantin dan bersedih apabila mereka perlu pulang apabila sudah tamat tempoh yang diberikan. 

Selain aktiviti, makanan pun boleh tahan. Bukti? Ini video yang viral sebelum ini yang dikatakan mereka tidak mahu pulang ke rumah. 


3
0
0
2
0

Copy Link: