Shah lawan pelumba Israel! Solidariti Palestin teruji? Team Mas tak sedar, RTM tersiar aksi Yakovlev!
Published bySHAH Firdaus Sahrom ketika beraksi dalam pusingan kelayakan 200 meter pecut berbasikal Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines sebelum ditewaskan pelumba Israel kelahiran Rusia, Mikhail Yakovlev dalam pusingan pertama. - Kredit foto: MOM
PISANG berbuah dua kali! Tetapi ketika mahu memasuki yang ketiga, sempat pula ‘dicantas’.
Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi Saluran
Sukan RTM mahupun Saluran 4 Khas Sukan Olimpik Paris 2024, masih terlepas menayangkan
aksi seorang lagi atlet Israel.
Seperti mana tersiarnya perlawanan pemain
badminton Israel, Misha Zilberman pada 31 Julai 2024, rangkaian TV percuma kerajaan
ini mengulanginya ketika Mikhail Yakovlev berlumba dalam acara 200 meter pecut
berbasikal Olimpik lebih kurang pukul 7 malam, 7 Ogos 2024.
Pelumba basikal Israel itu mengharungi pusingan
kelayakan dan menduduki tempat ketiga dengan catatan 9.152 saat untuk mara ke
pusingan pertama lalu berdepan pelumba Malaysia, Shah Firdaus Sahrom, sejam
kemudian.
Namun ketika beberapa saat ke udara, pertembungan Yakovlev-Shah di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines itu tiba-tiba ‘dihilangkan’ dan digantikan siaran sukan lain serta ulasan dua pengacara siaran langsung RTM itu.
TANGKAP layar saluran Sukan RTM .
MIKHAIL YAKOVLEV
Shah tewas dalam pusingan itu sebelum turut
kecundang pada pusingan pertama repechage (penebusan) saringan ketiga di tempat
kedua di belakang pelumba Lithuania, Vasilijus Lendel.
Terdahulu Shah menduduki tempat ke-20 daripada 22 pelumba yang melepasi pusingan kelayakan.
Sementara itu, pemenang pingat perak dan gangsa keirin Olimpik Tokyo 2021 dan Rio 2016, Datuk Azizulhasni Awang pula di anak tangga ke-10 malah memenangi pusingan pertama saringan 10 dengan menewaskan Luca Spiegel dari Jerman sambil mencatat 9.885 saat.
Jijoe (julukannya) turut mara ke pusingan ketiga apabila menewaskan pelumba Great Britain, Hamish Turnbull dengan catatan 9.866 saat dalam pusingan kedua.
AZIZULHASNI Awang atau digelar Si Roket Saku menghenjut dengan mantap untuk muncul ke-10 terpantas 200 meter pecut berbasikal Olimpik 2024 dan memenangi pusingan pertama dan kedua. - Kredit foto: MOM
Sebelum ini, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman pernah mengakui RTM tidak sengaja menyiarkan Zilberman dengan Prince Dahal dari Nepal dalam saingan perseorangan lelaki Kumpulan P badminton Olimpik Paris pada 31 Julai 2024 lalu yang ke udara kurang lima minit.
“(Perlawanan pemain Israel-Nepal itu) tidak
pernah ada rancangan untuk tunjukkan Israel lawan Nepal. Tiada dalam senarai
tayangan dan liputan RTM. Tiba-tiba benda itu keluar, datang dari Paris,”
katanya menerusi laman sosial X, beberapa jam kemudian.
Solidariti Malaysia terhadap Palestin ekoran serangan
yang meragut nyawa pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran pada 31 Julai 2024
selain kekejaman tanpa henti rejim Zionis di Gaza bagaikan teruji termasuk di
arena Olimpik Ke-33 ini yang membabitkan Team Mas.
Sejauh manakah reaksi dan semangat anti-Israel
dizahirkan tanpa batasan setelah Himpunan Pembebasan Palestin berlangsung pada
4 Ogos 2024 di Arena Axiata, Bukit Jalil yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk
Seri Anwar Ibrahim?
Kenapa kontinjen negara pimpinan Datuk Hamidin Amin masih membiarkan Shah untuk berdepan Yakovlev, kelahiran Moscow, Rusia yang beralih menyertai negara haram rejim Tel Aviv itu? - KitaReporters
NURUL Izzah Izzati Asri (dua dari kanan) gagal ke pusingan kedua acara keirin berbasikal wanita Sukan Olimpik Paris 2024 sesudah menduduki tempat keempat pusingan pertama dan ketiga penebusan. - Kredit foto: MOM