Video| Baru tahu! Lagu Anugerah Aidilfitri Siti Nurhaliza kisah Palestin! Buminya bagai ambal duri!

Published by
KitaReporters



Apa sahaja mengenai Palestin pasti mendapat perhatian! Bukti betapa sayang dan kasihnya rakyat Malaysia terhadap saudara-saudara Islam di sana. Walau lautan luas memisahkan antara dua negara, namun ia sangat dekat di hati rakyat Malaysia.

Ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Begitulah yang dirasai rakyat Malaysia apabila melihat penderitaan rakyat Palestin sejak sekian lama hingga kini. 

Justeru, tidak hairanlah kalau rakyat Malaysia begitu sensitif apabila menyentuh hal di sana.

Kalau selama ini mungkin tidak ramai yang tahu bahawa lagu raya nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Anugerah Aidilfitri dikatakan mengisahkan bumi Palestin.


Lirik yang sangat menyentuh perasaan.


Lagu yang dicipta oleh komposer Allahyarham Pak Ngah atau nama penuhnya Suhaimi Mohd Zain dan lirik oleh Ce’Kem ialah sebuah album studio ke-10 Siti Nurhaliza. 

Album ini memuatkan lagu-lagu yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri termasuk lagu berjudul Anugerah Aidilfitri. Album ini dilancarkan seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2003.

Setiap kali Aidilfitri tiba, pastinya lagu ini menjadi salah satu lagu kegemaran yang dimainkan oleh stesen-stesen radio. Namun, ramai yang tidak sedar lirik lagu tersebut sebenarnya menceritakan pergolakan dan peperangan yang berlaku di Palestin.



Memandangkan peperangan kini sedang berlaku di Palestin, satu akaun TikTok bernama aril.ism telah berkongsi kepada generasi baharu atau yang masih belum tahu mengenai lagu tersebut. Benarlah telahannya, rupa-rupanya masih ramai tidak tahu bahawa lirik lagu tersebut ada kena-mengena dengan keadaan Palestin.

Kalau diteliti pada liriknya, ia sangat puitis. Rata-rata netizen tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan ‘ambal duri’ yang terdapat dalam lirik tersebut. Mengikut Kamus Dewan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, ambal bermaksud hamparan permaidani. Justeru, maksud ambal duri di sini ialah bumi yang bergolak. 

Ada netizen mengaku, selama puluhan tahun hidup, dia baru sedar lagu tersebut tentang Palestin.




Sementara itu, satu ketika dulu penulis lirik lagu ini pernah menjelaskan dia tidak mengambil masa lama untuk menghasilkan lirik Anugerah Aidilfitri. 

Dia mendapat idea untuk menitip unsur kemanusiaan dan ketuhanan berdasarkan kehidupan umat Islam di bumi yang bergolak pada masa itu iaitu isu Iraq, Afghanistan dan Palestin. Dia juga cuba menyelami penderitaan mereka menyambut hari yang sepatutnya bergembira seperti di Malaysia.



Oleh sebab itu lagu ini masih relevan hingga ke hari ini kerana pergolakan di Palestin masih berlaku.

17
7
0
9
0

Copy Link: