Komanwel Birmingham 2022: Dendam sudah berbalas! Malaysia dapat emas badminton tundukkan India!
Published byEMAS milik Malaysia merupakan kemenangan terindah dalam aksi final badminton di temasya Sukan Komanwel 2022 di National Exhibition Center (NEC),Birmingham, England yang berkesudahan 3-1 menang ke atas India. - Kredit foto: bwfbadminton.com
EMAS atau perak? Agak cemas dan bimbang apabila pasukan badminton Malaysia bertemu India dalam aksi final acara badminton berpasukan pada temasya Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England.
Jika
melihat rekod pertemuan mereka, Malaysia pernah tewas dengan India (2-3) pada suku
akhir Piala Thomas edisi ke-32
bermula pada 8 Mei 2022 hingga 15 Mei 2022 di Bangkok, Thailand.
Tambahan pula, kita ketiadaan juara perseorangan lelaki negara, apabila Lee Zii Jia secara tiba-tiba menarik diri ketika sukan berprestij itu bakal bermula (35 hari) dan nyata mengejutkan banyak pihak.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan badminton
Siapa
sangka dengan iltizam, sokongan, motivasi dan dorongan semangat yang kuat, kontinjen
negara tetap berjaya mempamerkan kilauan emas
ketiga Malaysia di bumi Ratu Elizabeth II itu.
Skuad badminton
negara akhirnya dapat menarik nafas lega dan ceria selepas berjaya menumpaskan India di
National Exhibition Center (NEC) yang berkesudahan 3-1.
Kini pasukan negara juga merasakan ‘dendam sudah berbalas’ apabila kekalahan bertemu musuhnya dari India dahulu (aksi final) pada temasya Sukan Komanwel Gold Coast, Australia pada 2018 akhirnya membuahkan hasil.
GENGGAM ERAT kemenangan yang cukup bermakna buat Malaysia untuk bergelar juara dalam sukan badminton
temasya Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England. - Kredit foto; bwfbadminton.com
Dalam aksi
tersebut, Malaysia meraih kemenangan pertama menerusi pasukan beregu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan Satwiksairaj
Rankireddy-Chirag Shetty 21-18, 21-15.
India kemudian bertindak balas apabila menyamakan kedudukan menerusi perseorangan wanita, PV Sindhu dengan menundukkan Goh Jin Wei 22-20 dan 21-17.
Pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong kembali meletakkan Malaysia semula di hadapan menerusi kemenangan tiga set ke atas K Srikath 21-19, 6-21, 21-16.
Pemain muda berusia 22 tahun kelahiran negeri Johor kini menduduki tangga ke-44 dunia turut mempunyai prospek yang cerah untuk berada di kelompok 30 terbaik dunia. Beliau juga memiliki peluang untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemain perseorangan kedua buat negara.
PERSEMBAHAN MANTAP buat regu wanita yang cukup berpengalaman yang membuat pihak lawan berasa gerun
ketika bertemu mereka di setiap gelanggang pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.- Kredit foto: bwfbadminton.com
Pada perlawanan keempat, beregu wanita, M Thinaah-Pearly Tan, membuktikan keunggulan mereka apabila menundukkan Jolly Treesa-Gayatri Pullela dengan straight set 21-18, 21-17 bagi memastikan Malaysia tetap juara dan sekali gus merangkul emas pertama sukan badminton.
Walaupun tanpa jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang dianggap memegang 'kunci' utama terhadap peluang Malaysia menundukkan India, namun Ng Tze Yong telah berjaya membuktikan kemampuannya sebagai pengganti (perseorangan lelaki) harapan negara yang tidak mengecewakan. - KitaReporters
Kredit foto: FB BAM Malaysia
Sumber:
https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2022/08/867717/skuad-badminton-cemerlang-sumbang-emas-ketiga-
negara#utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=skuad_badminton_sumbang_emas_ketiga&insider-primary-action=insider-primary-action&webPushId=MTM2NzM=
https://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2022/07/31/malaysia-face-hosts-england-for-berth-in-badminton-final/
https://bwfbadminton.com/news-single/2022/08/03/commonwealth-games-malaysia-upstage-india-for-gold/
https://www.birmingham2022.com/news/2711298/malaysia-beat-india-to-win-mixed-team-gold
https://youtu.be/nzFBQ-T76Mw