ANDA rimas kerana rambut sudah panjang lantaran lama tidak digunting berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 8 Mac 2020 dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19? Selepas fasa dua PKP dari 1 hingga 14 April 2020 berakhir, kerajaan memberi kelonggaran kepada sesetengah industri, termasuk tukang gunting rambut untuk beroperasi. : KitaReporters

PENJARAKAN sosial atau 'social distancing' sukar dilaksana dalam kedai gunting rambut. - Kredit foto: malaysiadateline.com


Kini negara dalam fasa tiga PKP yang merupakan fasa penting untuk memutuskan rangkaian penularan Covid-19. Fasa dua ialah fasa pemulihan.

Jadi dengan kelonggaran diberikan, adakah ramai akan berbondong-bondong menuju ke kedai gunting, mencantikkan rambut yang mungkin sudah berserabut atau membersihkan misai dan jambang?

Sabar dahulu!! 

Jika anda anda niat sedemikian, teliti dan hayati pesanan dan ingatan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Beliau menasihatkan agar industri, termasuk kedai gunting, menangguhkan dahulu operasi sekurang-kurangnya seminggu.

Ini untuk membolehkan Kementerian Kesihatan mengumpul data sama ada fasa dua PKP telah mencapai matlamatnya. Ertinya adakah negara kini dalam pemulihan.

Ini nasihat yang baik. 

Apa salahnya menunggu seminggu untuk ke kedai gunting sedangkan sebelum ini sudah lama menunggu? Ini pun untuk kebaikan sendiri.

TUKANG gunting tidak dapat lari daripada terlalu rapat termasuk menyentuh kepala dan badan pelanggan. Kredit  Sarawakvoice.com


Rasanya ramai juga yang ragu-ragu untuk segera ke kedai gunting. 

Pada masa sama, tukang gunting pun masih berwaspada sebelum membuka kembali perniagaan.

Kenapa? Kerana risiko Covid-19 itu tetap ada. 

Tiada siapa tahu sama ada tukang gunting itu sendiri atau pelanggannya, atau kedua-dua pihak, ada yang positif Covid-19

Justeru di kedai gunting yang ramai orang, penyebaran boleh berlaku dengan mudah.

Kedai gunting yang sempit menyebabkan penjarakan sosial atau ‘social distancing’ sukar dilaksanakan. Apatah lagi ketika menggunting, tidak ada jarak sosial. 

Tukang gunting berdiri rapat dengan pelanggan dan kerap menyentuh badan atau kepala

Berbahaya kan?

EUGENE THOMPSON, tukar gunting yang mati di Mississippi kerana jangkitan Covid-19 daripada pelanggannya. - Kredit foto: Black Americanweb.com


Ambil iktibar daripada berita seorang tukang gunting di Brookhaven, Mississippi, Amerika Syarikat yang mati dijangkiti Covid-19 daripada pelanggannya

Eugene Thompson, 46, mati kerana dia tetap membuka kedai guntingnya ketika wabak Covid-19 sedang mengganas di Amerika.

Mantan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye pun ada mengingatkan, wujud risiko tinggi jika mengunjungi kedai gunting dalam waktu PKP kerana penularan wabak Covid-19 mudah berlaku. 

Ini pandangan seorang doktor pakar. Elok dengar!!

Pulau Pinang sehingga ini sudah pun bertegas tidak akan membenarkan kedai guntig beroperasi dalam tempoh PKP.  

Negeri Sembilan juga dijangka mengambil langkah sama. Ia adalah langkah pencegahan bagi menjamin keselamatan ramai.

Malah Persatuan Tukang Gunting Selangor pun sudah mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju kedai gunting dibuka ketika PKP berkuat kuasa.

MESIN gunting, peralatan penting menggunting rambut. - Kredit foto: shoppe.com


Jika anda mungkin terbaca mesej yang kini tular daripada seorang bekas tukang gunting, beliau menasihatkan jangan mengambil risiko mengnjungi kedai gunting waktu ini. 

Tukang gunting atau pelanggan boleh sahaja menjadi penyebar Covid-19.

Lagi pun tidak mungkin tukang gunting akan mampu membersihkan semua peralatan setiap kali selepas menggunting. Lalu peluang untuk penularan makin terbuka.

Untuk sementara ini, elok gunting di rumah. 

Minta tolong isteri, anak-anak atau kawan-kawan. Potongannya mungkin tidak secantik di kedai tetapi yang penting keselamatan lebih terjamin.

Semua yang diceritakan bukan untuk menakut-nakutkan mereka yang hendak membuka semula kedai gunting, atau mereka yang hendak pergi bergunting. 

Tetapi ia adalah peringatan agar sama-sama menjaga diri demi kebaikan serta kesihatan bersama.

Tambahan pula, kita wajar membantu usaha fasa tiga PKP ini memutuskan rangkaian penyebaran Covid-19. 

Kalau kita tetap setia duduk di rumah, ia adalah lebih baik untuk membantu membebaskan negara dan rakyat daripada bahana Covid-19.

Apa pun hendak buka kedai atau tidak, hendak pergi bergunting atau tidak ia adalah tetap pilihan sendiri. 

Namun sedihnya risikonya bukan hanya berbalik kepada diri sendiri tetapi boleh tempias kepada orang lain khusus keluarga bila kita pulang ke rumah

Oleh itu bertindaklah dengan fikiran waras. - KitaReporters

Allahyarham Tan Sri P Ramlee (kanan) sebagai Aduka dan Allahyarham Nordin Ahmad sebagai Taruna dalam filem Semerah Padi. - Gambar hiasan (Kredit foto: SentiasaPanas.com)

0
0
0
0
0

Copy Link: