Kreatif! “Nukege” buat kucing kesayangan! Topi bulu kucing!

Published by
KitaReporters

MENJELANG bulan Syawal dalam kurang seminggu lagi, ramailah ibu bapa sudah mula berkira-kira hendak membeli pakaian anak-anak mereka. Maka, saat ini sudah sibuk meninjau fesyen-fesyen pakaian kanak-kanak baik di gedung-gedung pasar raya besar atau dalam talian seperti Shoppe dan Lazada. Tapi, lain pula ceritanya bagi pasangan dari negara “matahari terbit” yang sibuk dengan fesyen topi untuk haiwan peliharaan mereka. : KitaReporters

Kredit foto-foto: Ryo Yamazaki


Kreatif sungguh pasangan Jepun ini dengan membuat topi daripada bulu kucing atau dalam bahasa Jepun disebut sebagai “Nukege”.

Ryo Yamazaki, yang merupakan seorang jurufoto profesional bersama-sama dengan isterinya, Hiromi mendapat idea untuk membuat topi kucing sejak beberapa tahun lalu apabila melihat tiga ekor kucing peliharaan mereka daripada baka “Scottish” sering keguguran bulu.

Mereka mengutip setiap helai bulu kucing yang gugur lalu menyimpankannya dalam satu bekas sebelum tercetusnya idea membuat topi tersebut.

Lama kelamaan bulu-bulu kucing mereka semakin bertambah dengan jumlah yang banyak sehingga terfikir oleh pasangan itu untuk cuba membuat acuan bentuk seakan-akan topi di atas kepala kucing.

Pada mulanya, mereka ketawa melihat keadaan kucing yang dipakaikan topi “bulu kucing” dan kemudian ia memandang kelihatan agak menarik dan cantik pula.

Lagi pun, ia hanya suka-suka mencuba dengan membuat beberapa bentuk topi yang lain dengan harapan mungkin boleh mengayakan kucing-kucing dengan pelbagai fesyen “Nukege”.

Topi pertama yang direka oleh pasangan Yamazaki dan Hiromi untuk kucing kesayangan mereka.


Comelnya...


Gaya korporat yang memukau pandangan mata kelihatan segak dan bergaya. - Kredit foto: Instagram Yamazaki


Modalnya tak susah hanya perlu mengutip bulu kucing yang gugur sahaja bukannya mengetam bulu seperti kambing biri-biri.

Jangan pula obsess sehingga sanggup mengetam bulu kucing sendiri. Nanti “kesian pulak” kucing-kucing tu.. habis semua menjadi botak dan menampakkan kulit.

Hasil “Nukege” yang “rare” dan menarik selanjutnya Yamazaki membuat  “shooting” sesi fotografi model kucing-kucing kesayangannya dengan aneka topi buatan sendiri.

Kreativiti seni  pasangan Jepun ini dapat dikongsikan melalui foto-foto menarik pelbagai sudut, aksi dan gaya; kucing-kucing tersebut bijak memperaga topi-topi hasil bulu kucing sendiri dalam Instagram mereka.

Jika anda juga berminat ingin mencuba membuatnya, inilah peluangnya memaparkan kreativiti anda bukan sahaja topi tetapi lebih daripada itu misalnya membuat baju kucing. - Kitareporters


Sumber:

http://www.spoon-tamago.com/2019/07/23/nukege-hats-hats-for-cats-fashioned-out-of-their-own-shed/

https://www.goodnewsnetwork.org/cats-in-japan-wear-hats-made-from-their-own-felted-fur/

4
0
0
0
0

Copy Link: