Video| Zul Ariffin, Fazura teruja! Tunggu havoc program MLS2
Published byBAYANGKAN apabila selebriti-selebriti popular seperti antaranya Zul Ariffin dan Fazura dijadikan juri tetap manakala barisan penyanyi serta pelakon semacam Ezlynn, Syura atau pun Lan Solo, terdiri daripada mereka yang bukan pelawak selama ini, digabungkan dalam satu program realiti ‘Muzikal Lawak Superstar 2’ (MLS2) bagaimana agaknya, ‘havoc’ tak? : KitaReporters
Zul Ariffin dan Fazura juri tetap MLS2. - Foto kredit Instagram @zul_ariffin dan @missfazura
Lagi kisah-kisah berkaitan komedi:
https://kitareporters.com/search?search=komedi
Nak tahu ‘havoc’ ke tidak, hanya anda yang mampu menjawabnya sendiri apabila program realiti muzikal komedi Astro Warna itu dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya secara eksklusif di saluran Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127) pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam mulai 18 Disember 2020 nanti.
Musim kedua ini bakal menyaksikan 14 kumpulan yang terdiri daripada barisan pelawak dan selebriti dari pelbagai cabang industri hiburan bertarung selama 12 minggu berturut-turut untuk bergelar juara, sekali gus membawa pulang wang tunai RM150,000, serta akan mendermakan RM10,000 kepada badan kebajikan yang tertentu.
Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM75,000 dan RM50,000. Tempat keempat tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana juga akan menerima wang tunai RM25,000 sebagai hadiah kemenangan.
Mengekalkan format ‘2 pelawak + 1 selebriti’ bagi setiap kumpulan., antara selebriti yang terlibat pada Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) ini adalah Fakhrul UNIC, Khir Rahman, Syura, Keena Mentor, Cik B, Azmi Caliph Buskers, Johan Asaari, Ezlynn, Roy Azman, Zahid AF, Mark Adam, Lan Solo dan Fiza Thomas.
Mereka akan bersama kumpulan masing-masing melibatkan 42 peserta kesemuanya terdiri seperti senarai di bawah ini:
- ABC (Chiwan, Cik B, Achok)
- Gojes (Mie Rajalawak, Tauke Jambu, Keena Mentor)
- Heart (Azmi Saat, Ezad Lazim, Danial Zaini)
- Jago (Chot, Yus, Fiza Thomas)
- JBorn (Joey Daud, Khir Rahman, Man Rajalawak)
- Leklu (Jaly School of Lawak, Lan Solo, Lewan Lopez)
- Mashuk (Achey, Shuk Sahar, Mark Adam)
- Puppet (Sharif Zero, Wan, Rul Puppet)
- Stamp (Syura, Tapai Gegar Lawak, Che Mat)
- Teruna (Ilham Abata, Johan As'ari, Din Latah)
- Uni (Atu Zero, Fad Bocey, Fakhrul UNIC)
- Viral ( Ali Puteh, Mamak, Roy Azman)
- Zombi (Wan Gegau, Ezzlyn, Wan XOXO)
- Zuzuzu (Nizam Jentik-Jentik, Fizah Awok, Zahid)
Bakal dikemudikan oleh dua nama sensasi, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom, MLS2 turut mengekalkan Dato Awie sebagai juri tetap di samping Zul Arifin dan Nur Fazura yang baharu lebih dua bulan menimang cahaya pertamanya, Nur Fatima Aisya yang masih belum didedahkan keseluruhan wajahnya.
Tentu sekali dengan kehadirannya sebagai juri tetap baharu, ini merupakan kali pertama isteri kepada pelakon Fattah Amin ini turun padang selepas bersalin dan berpantang ya tak?
“Saya turut teruja dan rasa sedikit gementar pun ada sebab dah lama tak keluar TV. Tetapi apa pun ini merupakan ‘comeback’ awal dari saya dan saya harap dapat ‘enjoy’ menyaksikan persembahan peserta lebih daripada menjadi juri,” ujar Nur Fazura Sharifuddin.
Rakan jurinya, Zul Ariffin yang juga dilihat sebagai seorang pelakon yang sering menggalas watak serius dan macho turut meluahkan perasaan terujanya dapat memikul tanggungjawab juri buat pertama kalinya pada program realiti lawak.
“Memang belum pernah sesiapa pun tawarkan saya menyertai program lawak begini kerana mungkin mereka fikir saya tak berminat. Tetapi saya memang suka layan komedi, jadi bila diberikan tawaran sudah tentu saya terima,” akui pelakon filem ‘Sangkar’ ini.
“Dengan penglibatan nama-nama ‘heavyweight’ atau besar seperti Dato’ Awie, Fazura, Zul Ariffin, Shah Slam, Nabil Ahmad, Elly Mazlein dan ramai lagi, besar harapan kami musim terbaharu ini bakal mendapat sambutan seterusnya mencatatkan penanda arasnya yang tersendiri, sekaligus mengukuhkan lagi jenama MLS ini sebagai program utama industri hiburan.
"Semoga terhibur, dan jangan lupa untuk mengundi kumpulan kegemaran anda di laman web rasmi kami,” ujar Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh dalam sidang media secara virtual yang diadakan pada Selasa, 8 Disember 2020.
Menurutnya, setiap minggu, kesemua kumpulan akan diberikan 3-5 minit untuk melakukan persembahan sketsa komedi muzikal berdasarkan tema lokasi yang ditugaskan, seperti alam fantasi, majlis keramaian, institusi pendidikan, mercu tanda ikonik, negeri-negeri di Malaysia dan sebagainya.
Selari dengan tagline ‘Dalam Komedi Ada Nyanyi’, pemberian markah ditentukan menerusi tahap kreativiti sketsa komedi, kreativiti lirik serta dialog, lakonan dan persembahan pentas serta nyanyian yang dipersembahkan.
Konsep ‘star’ juga akan diguna pakai sebagai salah satu cara pengiraan markah, dan pemberian ‘star’ ini adalah eksklusif untuk Dato’ Awie, Fazura, dan Zul Ariffin sahaja selaku juri tetap.
Peminat bagi setiap kumpulan juga berpeluang menentukan nasib artis pujaan mereka kerana markah bagi peserta adalah dibahagikan 50-50 antara juri tetap dan audiens. Saluran undian dibuka sepanjang minggu untuk para peminat ‘berpesta klik’ antara satu sama lain!
Bagi kumpulan yang menduduki undian teratas pada setiap minggu pula, mereka akan dianugerahkan ganjaran seperti kad imuniti, pemilihan giliran persembahan minggu seterusnya, pemilihan juri yang memberi komen pada persembahan mereka, dan juga berpeluang memilih ‘live props’ (seperti penari latar atau pelakon tambahan) yang akan bertindak sebagai pembantu dalam persembahan masing-masing.
Sementara itu, Izzue Islam dan Riena Diana akan muncul sebagai hos bagi 'Muzikal Lawak Superstar Live+' yang akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube Astro Gempak mulai hari sama iaitu 18 Disember 2020 ini. - KitaReporters