Video| Aizat Amdan tekad! Terus lamar peminat dengan Tekad!
Published byHAMPIR 12 tahun bergelumang dalam dunia seni, Aizat Amdan, 31, berjaya membina jenama muziknya sendiri. Sinonim dengan lagu-lagu cinta, penyanyi dan komposer ini bagaikan mempunyai sentuhan sakti dalam menghasilkan lagu hits bertemakan cinta. : KitaReporters
Lagu Tekad ciptaan dan dendangan Aizat Amdan sesuai untuk pasangan bercinta.
Lagi kisah-kisah berkaitan Aizat:
https://kitareporters.com/search?search=Aizat+Amdan
Memiliki gaya tersendiri dalam bercerita tentang kisah cinta melalui lagu, Aizat pernah popular dengan beberapa lagu-lagu hits bertemakan cinta seperti Hanya Kau Yang Mampu, Lagu Kita, Susun Silang Kata, Waktu dan Sampai Ke Hari Tua.
Menerusi lagu popularnya, Sampai Ke Hari Tua sering menjadi lagu pilihan untuk dimainkan di majlis perkahwinan.
Malah lagu tersebut juga telah mencapai jutaan tontonan dan putaran dalam platform muzik digital. Malah lagu tersebut juga dibuat dalam versi bahasa Hindi.
Sambutan hangat itu, membuktikan kejayaan formula muzik Aizat.
Peminat Aizat jangan lupa untuk mendengar lagu Tekad.
Bagi mengukuhkan lagi statusnya
sebagai penyanyi dan komposer lagu berunsur romantis, Aizat atau nama
penuhnya Muhammad Aizat Amdan, kembali dengan karya terbaharunya
berjudul, Tekad.
Lagu yang berkisar tentang seorang pencinta
yang tekad untuk mengabadikan seluruh hidupnya buat sang kekasih menerusi
ikatan perkahwinan.
Mengulas tentang karya ciptaan penuhnya ini, Aizat berkata, jika lagu Sampai Ke Hari Tua sinonim sebagai lagu untuk orang yang bakal atau sudah berumah tangga tapi Tekad berbeza.
Kebolehan mencipta lagu sendiri adalah satu kelebihan kepada Aizat.
“Tekad, saya tulis untuk menggambarkan hubungan bahagia yang membawa kepada ikatan perkahwinan. Susah nak jumpa lagu Melayu pasal lamaran ajak kahwin. Sebab itulah saya tulis lagu Tekad ini agar ia boleh digunakan untuk situasi sebegitu.
“Saya berharap agar lagu Tekad ini bukan saja diterima baik oleh peminat dan mampu mengulangi kejayaan lagu-lagu yang pernah saya hasilkan sebelum ini. Semoga dengan tema unik dalam lagu ini, Tekad mampu kekal relevan dan menjadi lagu siulan pasangan bercinta sepanjang zaman,” jelas Aizat.
Video lagu Tekad telah dimuat naik dalam YouTube (Aizat Amdan) dan rata-rata yang
menonton menyatakan melodi lagu tersebut menarik dan memberi inspirasi.
Tekad merupakan terbitan
Kasi Gegar Entertainment dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai
pengedar dan single ini boleh didapati di semua pelantar digital. - KitaReporters
Rata-rata yang telah mendengar lagu Tekad menyukainya.