Video| Semuanya ungu! Majlis kahwin diserbu Purple Lovers Community! Bawa hadiah pun warna sama!
Published byPASANGAN pengantin (berdiri tengah) bergambar kenangan berasama rombongan wanita yang berpakaian baju warna ungu pada majlis perkahwinan rakan mereka, baru-baru ini. - Kredit foto: Tribunnews.com
SEPASANG pengantin di Tegal, Jawa Barat yang bersanding pada hari pernikahannya pasti membawa seribu kenangan yang sukar untuk dilupakan apabila sekumpulan wanita yang hadir pada majlis persandingan mereka dengan memakai pakaian berwarna ungu dan membawa barangan hadiah yang juga berwana ungu, baru-baru ini.
Pakaian yang bertemakan warna ungu dan barangan hadiah berwarna ungu dan dibungkus dengan kertas warna sama itu yang dilakukan rombongan wanita berkenaan, tentu ia secara tidak langsung dapat menyemarakkan majlis perkahwinan pasangan itu yang tidak pernah dilaksanakan oleh pihak lain.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan warna-warni
ROMBONGAN wanita berkumpul sebelum berarak ke rumah pengantin di Tegal, Jawa Barat. - Kredit foto: Tribunnews.com
Kehadiran rombongan wanita dengan berpakaian sedemikian amat mengejutkan pengantin wanita dan para tetamu lain di majlis pernikahan tersebut.
Melalui video yang diunggah dalam media sosial oleh Beta Ria dalam akaun TikToknya @betaria3112 telah ditonton lebih 1 juta pengguna sehingga 17 Mac 2022 lalu.
Tribunnews. com pada 17 Mac 2022 lepas melaporkan bahawa rombongan wanita itu adalah ahli kumpulan Purple Lovers Community (PLC) di Bekasi, Jawa Barat.
Kredit foto: Tribunnews.com
Beta Ria dan rombongan berkenaan termasuk kanak-kanak pun mengenakan pakaian serba ungu ketika datang pada majlis pernikahan itu.
Beta Ria berkata, rakan-rakannya berbuat demikian kerana pasangan pengantin itu adalah salah seorang ahli PLC yang telah bernikah pada hari tersebut.
“Kita sepakat membawa hadiah berupa peralatan perabut dan peralatan dapur yang berupa warna ungu dan setiap ahli yang hadir pada majlis itu membawa hadiah masing-masing untuk perngantin baharu itu.
“Hadiah yang dibawa paling hadapan ialah berupa pelekat ‘Miss Purple Bekasi’ dengan ucapan selamat daripada PLC Bekasi,’’ kata wanita itu.
Kredit foto: Tribunnews.com
Beta Ria berkata, jikalau mereka membawa hadiah seperti beg
tangan, pompa galon, seterika,tempat lauk, rak sepatu, tempat beras, Tupperware, blender dan kompor
pasti semuanya berwarna ungu.
Berdasarkan cerita Beta Ria itu ternyata dia dan teman-temannya memakai baju berwarna ungu kerana satu komuniti.
“Alasannya kita satu komuniti pecinta warna ungu dan pakaian yang kita pakai itu merupakan seragam komuniti ungu kita yang sesuai pada majlis itu yang penuh makna membabitkan ahli PLC,” tulis Beta Ria. - KitaReporters
ROMBONGAN wanita bergambar kenangan dengan pengantin. - Kredit foto: Tribunnews.com