Berita Terkini| Rentas daerah, negeri: Polis Johor terima 25,222 permohonan! Minggu lepas 15,200

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan.. .Permohonan bagi merentas daerah, negeri di Johor kian meningkat. - Kredit foto: Bernama


Polis Johor menerima sebanyak 25,222 permohonan bagi merentas negeri dan daerah seluruh negeri berkenaan dalam tempoh seminggu bermula 5 Mei 2021.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata daripada jumlah keseluruhan itu hanya 24,693 permohonan sahaja diluluskan manakala selebihnya ditolak kerana alasan dinyatakan tidak kukuh.

“Jumlah permohonan rentas daerah dan negeri di Johor catatkan peningkatkan mendadak berbanding tempoh seminggu yang lalu. Pada minggu antara 28 April hingga 4 Mei 2021, jumlah permohonan diterima 15,200 dengan 202 daripadanya ditolak.

 “Dalam tempoh ini, terdapat peningkatan permohonan rentas negeri dan daerah mengikut perbandingan minggu terdahulu dengan minggu semasa iaitu bertambah 10,022 permohonan,” katanya dipetik oleh Sinar Harian, 12 Mei 2021.

Tambah Ayob Khan, jumlah permohonan yang ditolak menunjukkan peningkatan lebih 100 peratus dan banyak yang ditolak kerana tidak mempunyai alasan kukuh bagi tujuan permohonan kebenaran merentas negeri dan daerah.

Dalam perkembangan berkaitan, pihaknya akan menambah jumlah sekatan jalan raya kepada 50 lokasi berbanding 35 sebelum ini dan ia melibatkan 12 kawasan lebuh raya, 13 di sempadan negeri, 17 jalan persekutuan dan lapan Op Benteng. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
1
0
0

Copy Link: