Berita Terkini| Individu rentas Perlis, dilarang solat di masjid! Termasuk ahli keluarga serumah!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan... Golongan yang merentas negeri ke Perlis termasuk individu bergejala dan berisiko mendapat jangkitan Covid-19 ditegah sertai aktiviti di masjid. - Kredit foto: Easybook.com


INDIVIDU yang merentas negeri ke Perlis ditegah menyertai semua aktiviti pengimarahan masjid di negeri berkenaan termasuk menyertai solat Jumaat dan sembahyang fardu lima waktu.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, larangan tersebut turut merangkumi ahli keluarga yang tinggal serumah dengan mereka yang sudah merentas sempadan.

"Setiap ketua keluarga perlu bertanggungjawab pastikan ahli keluarga yang pulang sama ada dengan kebenaran ataupun tidak, agar patuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin diri supaya dapat kurangkan risiko jangkitan kepada orang lain.

“Perkara ini termasuklah kes rentas sempadan negeri dengan kebenaran seperti urusan bekerja walaupun keluar masuk pada setiap hari atau hujung minggu, isu kematian, ziarah keluarga sakit dan sebagainya.

“Pihak pengurusan masjid berhak membuat teguran dan tidak membenarkan kemasukan jemaah yang tidak mematuhi SOP,” titah Baginda yang dipetik oleh Harian Metro, 15 Mei 2021.

Baginda yang juga Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut menitahkan individu berstatus PUI (Person Under Investigation), PUS (Person Under Surveillance) dan miliki risiko dijangkiti juga tidak dibenarkan hadiri sebarang aktiviti pengimarahan di masjid. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
3
0
0
0

Copy Link: